JALINAN MESRA, TANDA KEPRIHATINAN BERSAMA PUSAT JAGAAN AL-FIKRAH MALAYSIA
Oleh: Nur Fariza Syazwina
KAJANG, 15 Januari 2026,– Seramai 90 peserta terdiri daripada pelajar, penghuni dan staf telah menyertai Program Ramah Mesra Bersama Penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia anjuran pelajar Kejururawatan Tahun 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan menyantuni warga emas dalam suasana kasih sayang serta memperkukuhkan nilai insaniah.
Terdahulu, Yang Berusaha Dr. Ruthpackiavathy A/P Rajen Durai, pensyarah penyelaras kursus NUR3521 Jagarawatan Warga Emas, berkata “program ini menyediakan platform pembelajaran autentik kepada pelajar kejururawatan untuk menyantuni warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia”. Tambahan, pelajar mengaplikasikan komunikasi profesional dan berempati, melaksanakan pemeriksaan kesihatan asas secara selamat, serta merancang dan melaksanakan aktiviti komuniti bagi memenuhi keperluan fizikal, emosi dan sosial warga emas.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi ice breaking, saringan kesihatan serta beberapa permainan berkumpulan seperti “Song Guess & Sing-Along”, “Rolling Ball & Basket Shot”, “Rubber Band Cup Challenge”, “Balloon Volleyball” dan “Ping-Pong Pull Race” yang berjaya mewujudkan suasana mesra antara pelajar dan penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia.
Menurut Pegawai Operasi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Puan Nor Aizal binti Mat Tia, semua aktiviti yang dijalankan sesuai dengan umur dan keupayaan penghuni. Beliau memuji kerjasama serta komitmen pelajar dan menyatakan penghuni terhibur serta berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.
Menurut pengarah, Ruzana Ayuni binti Mohd Razali menekankan bahawa penglibatan dalam program komuniti seperti ini penting dalam membentuk jati diri dan kompetensi bakal jururawat yang bukan sahaja mahir secara klinikal, tetapi juga beretika, prihatin serta mampu memberikan penjagaan berteraskan empati. “Penjagaan warga emas bukan sekadar rawatan klinikal tetapi turut merangkumi kasih sayang, penghormatan dan komunikasi berkesan yang diperlukan dalam profesion kejururawatan,” jelasnya.
Kesimpulannya, Program Ramah Mesra ini berjaya mengeratkan hubungan antara pelajar dan penghuni, meningkatkan kemahiran komunikasi empati pelajar, serta menyemai nilai prihatin dan kasih sayang dalam penjagaan warga emas.
Sesi ice breaking
Saringan kesihatan
Aktiviti berkumpulan “Sing Guess & Sing Along”
Aktiviti berkumpulan “Rolling Ball & Basket Shot”
Aktiviti berkumpulan “Rubber Band Cup Challenge”
Aktiviti berkumpulan “Balloon Volleyball”
Aktiviti berkumpulan “Ping-Pong Pull Race”
Sesi bergambar bersama penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia
Date of Input: 29/01/2026 | Updated: 29/01/2026 | norazlaily

Dean's Office, Level 4, Administration Building,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Undergraduate 0397692608 (MD) / 0397692606 (ALSc)
Postgraduate 0397692604/2506