Kunjungan Hormat Naib Presiden PETRONAS | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Kunjungan hormat Naib Presiden PETRONAS

Kunjungan hormat Naib Presiden PETRONAS

SERDANG Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan (FPSK)UPM telah menerima kunjungan daripada Naib Presiden Kumpulan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran PETRONAS, En. Dzafri Sham Ahmad pada 10 Ogos 2018yang lalu. Beliau telah dijemput sebagai tetamu di dalamsatu sidang mesyuarat yang dipengerusikan olehTimbalan Dekan Siswazah, Jaringan Industri dan Komuniti (TDSJ) FPSK, Profesor Shamsul Bahri Hj. Md. Tamrin.

Pertemuan tersebut bertujuan bagi mewujudkanhubungan dua hala antara PETRONAS dan FPSK UPM. Antara jalinan kerjasama yang diharapkan adalah perkongsian kepakaran dan juga perkhidmatan di antara kedua pihak agar dapat dimanfaatkan khususnya oleh pelajar serta kakitangan UPM dan PETRONAS. Di dalam kunjungan singkat tersebut, Prof. Shamsul Bahri telah mengambil kesempatan menerangkan kursus-kursusyang ditawarkan oleh pihak FPSK, ‘niche area’ fakulti dan bidang-bidang kajian yang dijalankan di FPSK. Perbincangan turut menyentuh isu kualiti graduandi dalam usaha mempertingkatkan dan memantapkannya, khususnya dari segi ‘soft skills’ dan ‘interpersonal’ agar graduan FPSKdapat berdaya saing bukan sahaja didalam pasaran temptan malahan di peringkat global.

Diakhir kunjungan berkenaan, ProfShamsul Bahri telah melahirkanharapan agar PETRONAS dapatmembantu fakulti dari sudut kepakaran sumber manusia, meningkatkan kuota latihan industri pelajar, membuka dana geran penyelidikan dalam bidangberkaitan serta perkongsianpengalaman dan kepakaran bersama pensyarah dan pelajar FPSK melalui siri ceramah dan sebagainya.

Date of Input: 08/10/2018 | Updated: 08/10/2018 | h_khairi

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
C1573636176