Dili, Timor Leste, 4-6 Jun 2024 - Jabatan Psikiatri dengan kerjasama Persatuan Pendidikan & Kesejahteraan Psikologi Malaysia telah menghantar dua pakar psikiatri, Dr Noor Melissa Bt Nor Hadi dan Dr Eugene Koh, ke Dili, Timor Leste untuk memberikan perkhidmatan latihan psikoterapi TReK & DBT kepada anggota PRADET, sebuah NGO kebangsaan Timor Leste. Turut menyertai latihan tersebut adalah dua pakar psikiatri dari Universiti Malaysia Sabah.
Latihan psikoterapi ini bertujuan untuk melatih pengamal kesihatan mental menggunakan teknik psikoterapi TReK dan DBT di dalam perkhidmatan mereka. Latihan sedemikian merupakan latihan yang pertama kali dianjurkan di negara tersebut.
Latihan ini telah berlangsung selama tiga hari dan dihadiri oleh 27 pengamal kesihatan mental dari seluruh Timor Leste, yang terdiri daripada kaunselor, pegawai psikologi, pegawai kerja sosial dan jururawat komuniti. Selain penyertaan dalam bengkel latihan secara bersemuka, para peserta telah diberikan opsyen menyertai latihan susulan atas talian.
Secara keseluruhan, bengkel latihan ini telah menerima maklumbalas yang positif dan memberangsangkan. Permintaan untuk mengadakan latihan dan aktiviti kolaborasi lanjutan telah dikemukakan oleh PRADET. Aktiviti ini adalah selaras dengan visi dan halatuju Jabatan Psikiatri untuk menjadi Hub Psikoterapi yang cemerlang.
Oleh: Dr Eugene Koh, Pakar Psikiatri, FPSK
Date of Input: 14/06/2024 |
Updated: 14/06/2024 | nadia_rahman
MEDIA SHARING