Lindungi Kanak-kanak Daripada COVID-19 | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Lindungi kanak-kanak daripada COVID-19

Lindungi kanak-kanak daripada COVID-19

Lindungi kanak-kanak daripada COVID-19

KUALA LUMPUR: Sasaran kerajaan untuk beralih ke fasa endemik terus berada di landasannya, malah kini strategi Kementerian Kesihatan (KKM) bukan lagi mengejar imuniti kelompok, sebaliknya memberi perlindungan kepada seramai mungkin penduduk melalui pelalian COVID-19.

Tumpuan KKM kini memasuki fasa transisi hidup bersama virus COVID-19, sebelum beralih ke fasa endemik. Ketika fasa ini, bilangan kes berada dalam kadar yang dijangka dan tidak membebani kesihatan awam.

Oktober menjadi bulan yang paling penting kerana banyak kegiatan kembali dibuka membolehkan proses peralihan berlaku secara berperingkat, seiring kadar vaksinasi penuh golongan dewasa yang mencapai 90 peratus dan peningkatan bilangan remaja yang divaksin.

Meskipun ini berita baik, namun janganlah kita menjadi seperti kata pepatah 'mendengar guruh di langit, air di tempayan langsung dicurahkan'.

Masih terlalu awal bagi warga Malaysia untuk meraikannya, apatah lagi dengan varian yang ada, terutama varian Delta, yang mudah merebak dan mengancam nyawa.

Menurut portal COVIDNOW, setakat 8 Oktober, seramai 20,927,867 individu atau 89.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Bagi penduduk remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 177,029 atau 5.6 peratus daripada mereka melengkapkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun, pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun masih belum dilaksanakan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata rundingan dengan syarikat pengeluar vaksin COVID-19 berkenaan perolehan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah sudah diadakan.

Syarikat berkenaan sedang membuat persiapan untuk menghantar data berkaitan kepada semua badan kawal selia seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Sementara keputusan dibuat, bagaimana kita melindungi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah?

Menurut Pakar Kesihatan Persekitaran, Profesor Dr Juliana Jalaludin, tindakan segelintir ibu bapa yang membawa kanak-kanak yang belum divaksin keluar ke kawasan berisiko tinggi, terutamanya ke ruangan tertutup dengan aliran udara yang buruk dan sesak serta mempunyai tahap prosedur operasi standard (SOP) longgar, mendedahkan mereka kepada individu yang berpotensi menyebarkan virus kepada golongan yang sensitif ini.

"Data KKM menunjukkan jumlah kes baharu COVID-19 masih lagi tinggi dengan kes kematian mencecah ratusan kes sehari. Selain itu, kes jangkitan pandemik ini akibat penularan varian Delta yang semakin dominan juga amat membimbangkan," katanya.

Dr Juliana yang berkhidmat di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) menegaskan menjadi tanggungjawab kita semua untuk sentiasa melindungi golongan kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19.

Risiko kanak-kanak dijangkiti COVID-19 lebih tinggi, khususnya mereka yang berusia bawah usia 12 tahun dan belum divaksin, manakala jumlah yang dimasukkan ke hospital turut menunjukkan peningkatan ketara sejak berlakunya penularan varian Delta yang semakin dominan dalam negara.

Setakat 19 September, 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak dilaporkan, berbanding enam kematian pada tahun 2020.

Sehingga 30 September, lebih 400,000 kes jangkitan COVID-19 membabitkan individu bawah 18 tahun direkodkan, meningkat daripada sekitar 12,000 pada tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 252,569 murid sekolah, manakala 42,831 lagi kanak-kanak prasekolah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah dan Pakar Perunding Perubatan Respiratori, Hospital UiTM, Prof Madya Dr Ahmad Izuanuddin Ismail, berkata data berkaitan keselamatan suntikan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak bawah umur 12 tahun masih kurang ketika ini.

Malaysia perlu menunggu keputusan kajian dari dalam dan luar negara sebelum vaksin boleh diberikan kepada golongan berkenaan.

"Sekiranya kita berjaya memberikan vaksin kepada lebih 80 peratus populasi rakyat, Insya-Allah dengan pematuhan SOP yang berterusan, kita boleh mengekang penularan jangkitan pandemik ini seterusnya melindungi persekitaran kanak-kanak.

"Perlu diingat meskipun populasi dewasa divaksin semakin meningkat, selain remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kita tidak boleh mengambil mudah SOP yang ditetapkan.

"Laporan dari luar negara menunjukkan peningkatan kes COVID-19 yang amat ketara apabila berlakunya kelonggaran SOP. Oleh itu, pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, jauhi tempat sesak dan sempit serta kerap mencuci tangan hendaklah diteruskan," katanya.

Kehidupan di fasa endemik COVID-19 memerlukan semua orang memainkan peranan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan sendiri dan juga mereka di sekeliling.

Paling penting jangan sesekali terleka protokol kesihatan dalam proses 'hidup bersama virus COVID-19'. Sentiasalah berjaga-jaga. – BERNAMA

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/10/874565/lindungi-kanak-kanak-daripada-covid-19

Date of Input: 10/11/2021 | Updated: 10/11/2021 | yubin

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
CUMFAAv:00:35