Malaysia Terpilih Pegang Jawatan Tertinggi Lembaga Pengarah Global Alliance Of NGOs For Road Safety | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » Malaysia Terpilih Pegang Jawatan Tertinggi Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety

Malaysia Terpilih Pegang Jawatan Tertinggi Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety

Mesyuarat keenam Pertubuhan Global Alliance of NGOs for Road Safety yang berdaftar di Geneva, Switzerland menganjurkan Perhimpunan Agungnya pada 13 April 2019 di Chania, Greeze.

Pertubuhan bertaraf global itu telah ditubuhkan pada tahun 2012 dengan keahlian seramai 225 organisasi dari lebih 90 negara. 

Pertubuhan Global Alliance bermisi untuk menyatukan, menghak-upayakan serta memperkukuhkan NGO ke arah kolaborasi advokasi, tindakan serta tanggungjawab terhadap keselamatan jalan raya dan mangsa kemalangan jalan raya. 

Prof. Madya Dr. Kulanthayan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe kids Malaysia UPM telah dicalonkan bersama lima lagi calon dari Senegal, India, Brazil, Thailand dan Canada bagi mengisi kekosongan Ahli Lembaga Pengarah. 
 


Dr. Kulanthayan terpilih bersama calon dari India untuk berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Global Alliance for Road Safety selama 4 tahun dari 2019-2023.

Ini merupakan kali pertama negara Malaysia terpilih untuk memegang jawatan tertinggi menduduki kerusi Lembaga Pengarah mengetuai 225 ahli dari 90 buah negara. 

Dr. Kulanthayan mengajak semua ahli untuk bekerjasama menepati sasaran baru SDG 3.6 yang menyarankan penurunan 50% angka kematian dan kecederaan menjelang tahun 2030 yang ditetapkan oleh PBB. 

Sumber: CARETA

Date of Input: 15/04/2019 | Updated: 15/04/2019 | h_khairi

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDcWA7~