PETALING JAYA 18 September - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Putra Malaysia dan Beacon Hospital Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di Beacon Hospital, Petaling Jaya.

Majlis tersebut telah disempurnakan dengan kehadiran Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) FPSK, Profesor Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, yang hadir bagi mewakili Universiti Putra Malaysia dalam sesi menandatangani Memorandum Persefahaman bersama pihak Beacon Hospital Sdn. Bhd. Beacon Hospital pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Hoe Cheah How
Pelaksanaan MoU ini diyakini mampu memupuk hubungan yang lebih erat antara universiti dan industri, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan serta pemerkasaan pendidikan yang lebih selaras dengan kehendak industri kesihatan masa kini.

Kerjasama ini diharap dapat menjadi platform strategik dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, serta memperkukuh jaringan kerjasama kedua-dua pihak ke arah kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan inovasi kesihatan. FPSK dengan ini merakamkan ucapan tahniah atas termeterainya MoU ini dan percaya usaha integrasi bersama pihak industri akan terus memacu kecemerlangan universiti.
Selaras dengan aspirasi global, inisiatif ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat.

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | qayyumalemilhadie

Dean's Office, Level 4, Administration Building,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Undergraduate 0397692608 (MD) / 0397692606 (ALSc)
Postgraduate 0397692604/2506