PETALING JAYA 29 September - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu sesi Penyerahan Surat Pelantikan Program CEO@PTJ Sesi 2024–2025 kepada YBhg. Dr. Rebecca Tay Sook Hui, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Precision Diagnostics. Majlis ini telah berlangsung di Wisma Ali Bawal 2. Pelantikan tersebut adalah untuk tempoh satu (1) tahun, berkuat kuasa mulai 21 Julai 2025 hingga 20 Julai 2026.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) FPSK, Profesor Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, yang berkongsi maklumat berkaitan program CEO@PTJ.
Pelaksanaan program ini diyakini mampu memupuk hubungan yang lebih erat antara universiti dan industri, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan serta pemerkasaan pendidikan yang lebih selaras dengan kehendak industri.

Program CEO@PTJ juga diharapkan dapat menjadi platform strategik dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, serta memperkukuh jaringan kerjasama kedua-dua pihak. FPSK dengan ini merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya usaha integrasi bersama pihak industri akan terus memacu kecemerlangan universiti.
Selaras dengan aspirasi global, inisiatif ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat.

Date of Input: 10/10/2025 | Updated: 10/10/2025 | qayyumalemilhadie

Dean's Office, Level 4, Administration Building,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Undergraduate 0397692608 (MD) / 0397692606 (ALSc)
Postgraduate 0397692604/2506