SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN CEO@PTJ (FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, FPSK) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI SESI 2025-2026 | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES medic
» NEWS » SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN CEO@PTJ (FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, FPSK) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI SESI 2025-2026

SESI PENYERAHAN SURAT PELANTIKAN CEO@PTJ (FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN, FPSK) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA BAGI SESI 2025-2026

DAMANSARA, 5 Januari 2026 - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan satu sesi Penyerahan Surat Pelantikan Program CEO@PTJ Sesi 2024–2025 kepada YBhg. Dr. Mohd Afiq Farhan bin Md Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FOMEMA SDN. BHD. Majlis ini telah berlangsung di FOMEMA Sdn. Bhd. HQ. Pelantikan tersebut adalah untuk tempoh satu (1) tahun, berkuat kuasa mulai 20 Oktober 2025 hingga 19 Oktober 2026.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran Profesor Dr. Normala Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) serta Profesor Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) FPSK, yang berkongsi maklumat berkaitan program CEO@PTJ.

Pelaksanaan program ini diyakini mampu memupuk hubungan yang lebih erat antara universiti dan industri, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah melalui perkongsian pengalaman, pengetahuan serta pemerkasaan pendidikan yang lebih selaras dengan kehendak industri.

Program CEO@PTJ juga diharapkan dapat menjadi platform strategik dalam merapatkan jurang antara dunia akademik dan industri, serta memperkukuh jaringan kerjasama kedua-dua pihak. FPSK dengan ini merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan tersebut dan percaya usaha integrasi bersama pihak industri akan terus memacu kecemerlangan universiti.

Selaras dengan aspirasi global, inisiatif ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, SDG 4: Pendidikan Berkualiti, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat.

 

Date of Input: 12/01/2026 | Updated: 12/01/2026 | qayyumalemilhadie

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (10:00:31am-10:05:31am, 14 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]