Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan Dan Penyakit Tidak Berjangkit | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» PENYELIDIKAN » Pusat Penyelidikan » Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit

Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit

Research Centre of Excellence, Nutrition and Non-Communicable Diseases (RCoE NNCD)
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit (NNCD)

Tahun Penubuhan : 2014

Ketua Pusat Penyelidikan (RCoE)

Dr. Chin Yit Siew
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
chinys@upm.edu.my

Ahli :

Prof Dr. Amin Ismail
Prof Dr. Zalilah Mohd Sharif
Prof. Madya Dr. Norhaizan Mohd Esa
Prof. Madya Dr. Azrina Azlan
Prof. Madya Dr. Loh Su Peng
Prof. Madya Dr. Mohd Nasir Mohd Taib
Prof. Madya Dr. Barakatun Nisak Mohd Yusof
Dr. Chin Yit Siew

Sinopsis

Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) merupakan ancaman kepada kesihatan dan tumbesaran manusia. Pemakanan memainkan peranan utama dalam pencegahan dan pengurusan penyakit tidak berjangkit. Program dan aktiviti di bawah Pusat ‘Pemakanan dan Penyakit Tidak Berjangkit’ bertumpu kepada aspek keperluan, metabolisme dan peranan zat, kesan pemakanan dan aktiviti fizikal terhadap penyakit tidak berjangkit melalui penyelidikan pelbagai dimensi (berasaskan kajian makanan, komuniti, dan molekul/biokimia). Pusat ini bertujuan untuk membangunkan strategi inovatif berkaitan pencegahan risiko dan pengurusan kualiti penyakit tidak berjangkit untuk mengurangkan beban penyakit dan meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup.

Objektif

1. Menjalankan penyelidikan secara aktif untuk pencegahan penyakit tidak berjangkit melalui pelbagai kaedah penyelidikan makmal

 2. Mempromosi, meningkat kesedaran, mendidik dan melaksana aktiviti berkaitan pemakanan dalam intervensi  penyelidikan komuniti

 3. Bekerjasama dengan industri dan masyarakat secara berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan dan teknologi baru untuk pencegahan penyakit tidak berjangkit dan promosi kesihatan

Untuk maklumat mengenai RCoENNCD, sila layari: http://research.upm.edu.my/NNCD 

 

 

Kemaskini:: 27/09/2018 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566341597