Program “Ceria Sihat KPP Bersama Warga Penderas 2016” Program “Ceria Sihat KPP Bersama Warga Penderas” merupakan satu aktiviti tahunan berunsur sukarela yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, FPSK sejak tahun 2013. Pada tahun ini, program telah diadakan dari 18 hingga 20 November, 2016 di SK Penderas, Kuala Krau, Pahang Darul Makmur. Untuk pengetahuan semua, SK Penderas telah dijadikan sekolah angkat fakulti mulai 17 Jun 2016. Program kali in disertai oleh Jabatan Kejururawatan dan Rehabilitasi yang diketuai oleh ketua jabatannya, Prof. Madya Dr. Soh Kim Lam bersama-sama pegawai akademik dan staf sokongan. Seramai 60 orang pelajar Bacelor Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dan 25 orang pelajar Bacelor Kejururawatan turut serta memeriahkan program kali ini. Kumpulan sasaran ialah pelajar Orang Asli berumur 7 hingga 12 tahun dan juga Orang Asli dewasa. Antara aktiviti yang dijalankan ialah saringan dan pendidikan kesihatan untuk orang dewasa serta “Home Visit”. Untuk pelajar sekolah, aktiviti bertemakan sains, kesihatan dan persekitaran telah dijalankan. Acara khas tahun ini adalah penanaman pokok cili serta pokok durian belanda yang didatangkan khas dari UPM. Upacara penutup program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Norhaizan Mohd Esa, Timbalan Dekan (Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar). Pihak sekolah diwakili oleh Guru Besar, YBrs. Encik Zambrie bin Mohammed, beserta Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid), YBrs. Tn. Hj. Mohd Nordin Mohd Noor. Dalam upacara yang sama, YBhg. Timbalan Dekan telah menyampaikan “Sijil Pengiktirafan Sebagai Sekolah Angkat FPSK UPM” kepada YBrs. Guru Besar. Adalah diharapkan program ini dapat diteruskan di masa yang akan datang pagi memantapkan kemahiran-kemahiran perlu untuk mahasiswa di samping mendekatkan lagi hubungan antara fakulti, sekolah dan masyarakat Orang Asli setempat. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak pengurusan fakulti, pihak sekolah dan semua individu yang telah bersama-sama menjayakan program kali ini. Disediakan oleh: Dr. Shaharuddin Mohd Sham |
|
|
SEORANG PESERTA MENUNJUKKAN HASIL DARIPADA AKTIVITI BERKUMPULAN |
|
|
|
|
|
|
|
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.