Program Sukarelawan “Let’s Do Volunteering 2.0: Invest In Our Planet” Di Pantai Morib, Banting, Selangor | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Program Sukarelawan “Let’s Do Volunteering 2.0: Invest In Our Planet” di Pantai Morib, Banting, Selangor

Program Sukarelawan “Let’s Do Volunteering 2.0: Invest In Our Planet” di Pantai Morib, Banting, Selangor

Pada 12 Jun 2022 yang lepas, Kelab Bimbingan Mahasiswa (KBM) dengan kerjasama Kelab Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (ENVOCH), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan program sukarelawan “Let’s Do Volunteering 2.0: Invest In Our Planet” di Pantai Morib, Banting, Selangor. Program ini telah disertai oleh 67 ahli dari kedua-dua kelab tersebut. Seramai dua pensyarah telah hadir untuk memantau perjalanan program, iaitu Puan Kamariah Deraman, penasihat KBM dan Dr. Shaharuddin Mohd Sham, penasihat Kelab ENVOCH.

Para peserta telah berkumpul di kafe Kolej Tujuh Belas dan Putra Food Court (PFC) dan tiba di Pantai Baharu Morib pada pukul 10 pagi. Program dimulakan dengan majlis perasmian ringkas oleh Puan Kamariah. Program diteruskan dengan aktiviti senaman ringkas dan Zumba yang diketuai oleh ahli jawatankuasa aktiviti selama setengah jam dan setelah itu para peserta diberikan tempoh 10 minit untuk berehat. Sebelum aktiviti pembersihan dimulakan, taklimat ringkas telah disampaikan dan pembahagian para peserta kepada kumpulan telah dibuat beserta pengagihan sarung tangan plastik dan plastik sampah. Aktiviti mengutip sampah telah dimulakan selepas itu dan antara sampah yang dikutip ialah plastik makanan, botol plastik dan kaca dan tin minuman. Pada pukul 12 tengahari, para peserta diminta untuk mengumpulkan plastik sampah dan  diletakkan di tong sampah yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Setelah itu, para peserta dijamu makan tengahari yang disediakan oleh penganjur.Majlis penutupan ringkas dengan ucapan penutup dan terima kasih daripada pengacara majlis mengakhiri program.

Dengan adanya program ini, diharapkan agar ianya dapat membuka mata para peserta tentang kepentingan untuk menyertai aktiviti sukarelawan dan berbakti kepada masyarakat serta kepentingan memelihara persekitaran kita. Kesedaran kepada para peserta dan juga masyarakat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah merata-rata perlu ditekankan dari masa ke semasa. Selain itu, menjadi harapan agar program seperti ini dapat memupuk nilai saling membantu dan bekerjasama seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli Kelab Bimbingan Mahasiswa dan juga antara ahli Kelab ENVOCH.

 

Disediakan oleh:

Nur Waznah Mohamad Azim

Setiausaha II, Program Sukarelawan “Let’s Do Volunteering 2.0: Invest In Our Planet”

 

Disunting oleh:

Dr. Shaharuddin Mohd Sham

Penasihat Kelab ENVOCH UPM

 

 

 

 

Tarikh Input: 21/06/2022 | Kemaskini: 21/06/2022 | yubin

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
BVKBMAU:12:34