Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Neurologi » Pengenalan

Pengenalan

JABATAN NEUROLOGI

Latar Belakang dan Sejarah Jabatan Neurologi

Jabatan Neurologi di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan sebuah organisasi yang memberikan tumpuan dalam pengajaran dan penyelidikan yang khusus kepada rawatan penyakit saraf dan otak. Jabatan ini menawarkan skop pengajaran yang merangkumi peringkat prasiswazah serta pascasiswazah. Bagi mewujudkan suasana serta persekitaran pembelajaran yang kondusif, jabatan ini turut dilengkapi dengan sebuah makmal neurofisiologi di mana pelajar-pelajar dapat mempelajari kaedah-kaedah ujikaji saraf serta rawatan yang terkini. Dalam memartabatkan lagi sistem pengajaran yang sedia ada, sesi pengajaran turut diadakan di Hospital Pengajar UPM (HPUPM). Di HPUPM, pelajar-pelajar diberikan penjelasan dan penghayatan mengenai latar belakang penyakit yang lebih menyeluruh melalui pendekatan secara klinikal. Jabatan Neurologi komited untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berbakti kepada negara kelak, seiring dengan visi UPM, berilmu berbakti!

Kemaskini:: 01/09/2021 [taufikrahmat]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdPAN~