SOALAN LAZIM | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

Program Yang Ditawarkan
1
Apakah program-program pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

  Program-program prasiswazah yang ditawarkan adalah:  

  • Program Antarabangsa Pra Siswazah
  • Doktor Perubatan
  • Bacelor Sains (Sains Bioperubatan)
  • Bacelor Sains (Pemakanan dan Kesihatan Komuniti)
  • Bacelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan)
  • Bacelor Sains (Dietetik)
  • Bacelor Kejururawatan
  • Untuk maklumat lanjut sila ke pautan
    https://medic.upm.edu.my/akademik/pra_siswazah-339

    2
    Bagaimana hendak memohon program pasca siswazah?

    Untuk memohon program-program Pasca Siswazah, sila layari laman sesawang Sekolah Pengajian Siswazah, UPM melalui pautan http://www.sgs.upm.edu.my/programpengajiansps untuk mengetahui maklumat lanjut.

    3
    Di manakah saya boleh memperoleh maklumat mengenai syarat kemasukan untuk program prasiswazah?

    Syarat-syarat kemasukan akademik am  boleh didapati melalui pautan www.akademik.upm.edu.my untuk pengajian prasiswazah.

    4
    Bagaimana hendak memohon program prasiswazah?

    Untuk memohon program-program pra siswazah sila lawati laman sesawang Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia melalui pautan http://upu.mohe.gov.my/web/ untuk mengetahui maklumat lanjut.

    5
    Apakah program-program pasca siswazah yang ditawarkan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

    Program-program pasca siswazah yang ditawarkan: Pasca siswazah (Perubatan)

  • Master Perubatan (Anestesiologi)
  • Master Perubatan (Pediatrik)
  • Master Perubatan (Perubatan Dalaman)
  • Master Perubatan (Perubatan Keluarga)
  • Master Perubatan (Psikiatri)
  • Sarjana Perubatan (Patologi)
  • Master Perubatan (Radiologi)
  • Master Kesihatan Awam
  • Doktor Kesihatan Awam
  • Master Perubatan (Ortopedik)
  •   (atau boleh didapati melalui pautan http://www.medic.upm.edu.my/prasiswazah#prasiswazah)   Pasca siswazah (Sains Kesihatan) Program-program Pasca siswazah (Sains Kesihatan) yang ditawarkan adalah program pengajian secara penyelidikan PhD atau Master berdasarkan bidang pengajian yang boleh didapati melalui pautan http://www.medic.upm.edu.my/programpengajian)

    6
    Di manakah saya boleh memperoleh maklumat mengenai syarat kemasukan untuk program pasca siswazah?

    Syarat-syarat kemasukan akademik am boleh didapati melalui pautan http://www.sgs.upm.edu.my untuk pengajian pasca siswazah.


    Misi dan Polisi Kualiti
    7
    Apakah misi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

    Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dan cekap dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Sila rujuk https://medic.upm.edu.my/mengenai_kami/maklumat_korporat/misi_objektif_dan_dasar_kualiti_fakulti-41

    8
    Apakah dasar kualiti Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan?

    Untuk melahirkan graduan yang unggul dalam bidang perubatan dan sains kesihatan yang dapat memenuhi kepuasan pelanggan menerusi sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksana berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti yang sentiasa dipertingkatkan keberkesanannya selaras dengan MS ISO 9001:2008. Sila rujuk 
    https://medic.upm.edu.my/mengenai_kami/maklumat_korporat/misi_objektif_dan_dasar_kualiti_fakulti-41

    Kemaskini:: 20/11/2020 [sazlina]

    FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
    Universiti Putra Malaysia
    43400 UPM Serdang
    Selangor Darul Ehsan
    03 9769 2300
    03 9769 2585
    SXDTNAX~