UTAMA | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN

Pra Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program sepenuh masa kepada calon-calon yang layak kepada pemegang STPM / Setaraf, Matrikulasi / Asasi, pemegang Diploma / kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM / kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.

Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan pelbagai program pengajian pasca siswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara bagi meningkatkan imej dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi terbanding Universiti awam lain di Malaysia.

Program Yang Ditawarkan :

a) Pra siswazah

b) Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan)

c) Pengajian Siswazah (Perubatan)

Pelajar Semasa

 

   Universiti Putra Malaysia (UPM) amat menitikberatkan keperluan dan keselesaan pelajar semasanya iaitu pelajar yang sedang menjalankan pengajiannya di UPM. Justeru, UPM menyediakan pelbagai kelengkapan teknologi dan juga kemudahan bagi menjamin keselesaan para pelajar.

     Selain daripada itu, pelbagai program dan aktiviti bukan akademik dijalankan untuk pelajar semasa agar mereka berasa gembira semasa berada di UPM dan sekaligus dapat menyeimbangkan pencapaian akademik dan pembangunan insaniah untuk kehidupan lestari.

Maklumat yang boleh dijadikan panduan untuk pelajar semasa UPM

:: Kalendar Akademik
:: Maklumat Akademik
:: Kemudahan
:: Aktiviti Pelajar
:: Konvokesyen
:: Kegiatan Kurikulum
:: Pertukaran Pelajar
:: Pengangkutan
:: Peluang Pekerjaan
:: Keselamatan

     Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

     Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya.

     Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni  pada bila-bila masa. 


Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti. 

Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding. 

Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.

e-Latihan
SISMAN
e-Kaunseling
e-Mel Putra
e-Claim
e-ISO
SPLN


Kelab Kebajikan dan Rekreasi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (KKRFPSK)

Kelab Kebajikan dan Rekreasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (KKRFPSK) telah ditubuhkan pada tahun 2005.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak kelab termasuklah aktiviti yang berbentuk sukan, sosial dan kebajikan, keusahawanan dan kerohanian. Antaranya program jualan amal, Iftar Ramadhan, gotong –royong memasak bubur lambuk, Sambutan Hari Raya Fakulti, Hari Keluarga dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

YURAN KEAHLIAN

Pegawai Akademik dan Pegawai Bukan Akademik RM 24.00 setahun
Pegawai Sokongan RM 12.00 setahun


Carta Organisasi

Gambar Aktiviti

Kalendar Kelab

Borang Keahlian

    

PANDUAN MEDIA UNTUK RUJUKAN PAKAR

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan sangat komited untuk berkongsi kepakaran dengan masyarakat dan media, dan sekali gus membantu wartawan menghasilkan cerita yang lebih menarik dan memberi impak kepada pengetahuan awam. Tenaga pakar Fakulti juga mempunyai pelbagai kepakaran dan pengalaman yang luas mengenai topik dan isu-isu semasa berkaitan perubatan dan sains kesihatan.

Senarai kepakaran yang disediakan ini merupakan panduan untuk rujukan media dan wartawan berkaitan bidang kepakaran, dan sekali gus menyediakan maklumat perhubungan pakar yang berupaya diakses dengan lebih mudah dan cepat. Justeru, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia mengalu-alukan permohonan media untuk mendapatkan maklum balas kepakaran ataupun pandangan daripada tenaga pakar kami dalam bidang perubatan hinggalah kepada keselamatan jalan raya, kesihatan komuniti, pamakanan, dietetik, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, bioperubatan, dan lain-lain yang berkaitan.

Sekiranya media atau wartawan memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai perhubungan media FPSK seperti berikut:

Puan Syifarida Muhamad Zaki
Penolong Pegawai Tadbir
syifarida@upm.edu.my
03-97692713
 
artikel
Jangkitan cacing jejaskan emosi, rencatkan pertumbuhan kanak-kanak
SEMPENA Hari Penyakit Tropika Terabai Dunia baru-baru ini, Kementerian Kesihatan memaklumkan jangkitan cacing (helminthes) adalah salah satu daripada pada tujuh kategori jangkitan dalam kategori berkenaan. Jangkitan cacing antara jenis jangkitan yang kerap ditemui dalam kalangan kanak-kanak. Meskipun jangkitan dalam kalangan dewasa juga boleh berlaku, namun impak akibat jangkitan didapati lebih ketara berlaku di kalangan kanak-kanak.
Jangkitan cacing jejaskan emosi, rencatkan pertumbuhan kanak-kanak
Klamidia penyakit kelamin penyebab mandul
Klamidia penyakit kelamin penyebab mandul
Tak tutup pintu sempadan, keputusan paling sesuai buat masa ini
Tak tutup pintu sempadan, keputusan paling sesuai buat masa ini
Artikel-artikel lain...
berita
Zahid officiates Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Association anniversary dinner
Zahid officiates Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Association anniversary dinner
SUBANG JAYA: The Malaysian Chinese Women Entrepreneurs Association (MCWEA) marked its 10th anniversary with a dinner at Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway here tonight. They included Hernan Corporation group chief executive officer Anna Teo, Associate Professor Dr Chee Hui Yee from Universiti Putra Malaysia's Faculty of Medicine and Health Sciences, VKids Trend managing director Datuk Dr Denise Lim and Green Wellness Malaysia managing director Datin Dorph Peng.
pengumuman

Berminat ingin melanjutkan pengajian Master Sains Pemakanan? 🧑🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Ambilan Oktober Sesi 2023/2024 telah dibuka!

HEBAHAN PELAWAAN PERMOHONAN PENGAJIAN MASTER IN NUTRITIONAL SCIENCES OLEH FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN (FPSK), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Program Master in Nutritional Sciences adalah program Master Sains Kerja Kursus (MSKK) yang menawarkan topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan.

Program sepenuh masa ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Kursus ini juga adalah untuk melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut khususnya dalam bidang pemakanan.

  1. Program selama satu tahun ini mempunyai struktur tiga semester dan kursus ini diajar dalam Bahasa Inggeris.
  2. Pelajar perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 40 jam kredit untuk menamatkan pengajian yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan Disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif. Kelas dijalankan selepas waktu pejabat pada hari bekerja atau hujung minggu.

📌Tarikh akhir permohonan:

🔸Untuk bermula pada bulan Oktober 2023, mohon sebelum 30 Jun 2023 (bagi pelajar antarabangsa) / 31 Julai 2023 (bagi pelajar tempatan)

 

Untuk maklumat lanjut:

https://sgs.upm.edu.my/programme_of_study/programme_by_coursework/faculty_of_medicine_and_health_sciences-1423

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi penyelaras program

Prof. Dr. Loh Su Peng

📲 03-97692432 / 03-97692459

📩 medic.mnscoordinator@upm.edu.my

 

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
;
15 Disember 2022 : Prof. Madya Dr. Malina Osman - Astro AWANI - Penyakit Berjangkit | Perkongsian data, kajian populasi genom jadi keutamaan
;
11 Feb 2023 : Dr. Norliza Ahmad - CONTY CHAT - Declining Birth Rate In Malaysia, What Happens Now?
;
5 Jan 2023 : Prof. Madya Dr. Rosliza Abdul Manaf - [SINAR LIVE] Covid-19: Varian baharu, kita terancam?
;
19 Jan 2023 : Prof. Dr. Kulanthayan K.C. Mani - Astro AWANI: Pantau Kerajaan Baharu: Apa impak penurunan had laju Jalan Raya Persekutuan?
ikuti kami
fb.png
twitter.png
youtube.png
insta.png
tiktok.png
WWEBPA:15:27