Safe Kids Malaysia | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI » Komuniti » Safe Kids Malaysia

Safe Kids Malaysia

 

Safe Kids Malaysia


Safe Kids Malaysia (SKM) amat berdedikasi untuk menaiktaraf kehidupan kanak-kanak melalui pencegahan kecederaan. Ia ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai ahli Safe Kids Worslwide (SKW) dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai rakan kongsi. 

SKM bekerjasama dengan pihak kerajaan, industri, sekolah-sekolah dan komuniti untuk mendidik keluarga dan meningkatkan kesedaran mengenai kecederaan dan kematian yang boleh dicegah. SKM dimulakan dengan keselamatan jaan raya dan pencegahan kelemasan sebagai fokus utama dan seterusnya keselamatan dalam rumah melalui program Safe Kids at Home. 

Usaha-usaha yang dilakukan oleh SKM untuk  menyelamatkan nyawa kanak-kanak menjadi nyata dengan sumbangan daripada Honeywell dan Halliburton. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di safekidsmalaysia@upm.edu.my

Mengenai Safe Kids Worldwide

Safe Kids Worldwide merupakan sebuah organisasi global yang berdedikasi melindungi kanak-kanak daripada kecederaan yang boleh dicegah. Setiap tahun, sekitar satu juta kanak-kanak meninggal akibat daripada kecederaan yang boleh dicegah dan kecederaan-kecederaan ini merupakan pembunuh nombor satu kanak-kanak di Amerika Syarikat. Berjuta-juta kanak-kanak turut tercedera dan meninggalkan kesan mendalam sepanjang hidup mereka. Epidemik ini harus diberi keutamaan dan ditangani dengan segera sebelum ia menjadi lebih parah. 

Safe Kids Worldwide merupakan pemimpin global dalam pencegahan kecederaan kanak-kanak. Ditubuhkan oleh Sistem Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan pada 1988 dengan sokongan Johnson & Johnson, Safe Kids Worldwide telah berkembang dan mempunyai lebih daripada 400 gabungan merentas Amerika Syarikat yang berusaha untuk melindungi kanak-kanak dari usia bayi hingga remaja berumur 19 tahun daripada kecederaan jalan raya, kelemasan, kejatuhan, kelecuran, keracunan dan lain-lain. Dengan jangkauan global untuk menangani punca kecederaan yang boleh dicegah, Safe Kids Worldwide telah bekerja merentas Afrika, Eropah, Amerika Latin, Amerika Utara, Timur Tengah dan Oceania.  

Untuk makluman lanjut, sila layari www.safekids.org

 
“Dr. Kulanthayan K.C. Mani merupakan Profesor Madya di Jabatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Universiti Putra Malaysia, ahli Safe Kids Worldwide.”

Program – Kanak-Kanak Selamat di Rumah

Inisiatif dan Program-Program Safe Kids Malaysia UPM
 


Kanak-Kanak Selamat di Rumah

Program Kanak-Kanak Selamat di RUmah merupakan satu program pendidikan berasaskan sekolah dan interaktif yang diwujudkan oleh pakar-pakar pencegahan kecederaan dari Safe Kids Malaysia dan Safe Kids Worldwide untuk melindungi kanak-kanak daripada kecederaan. Program ini mengutamakan punca-punca kecederaan di rumah yang boleh dicegah dan menrangkumi rancangan pengajaran dan alat-alat pengajaran untuk pendidik, tip-tip keselamatan untuk keluarga dan aktiviti pembelajaran untuk para pelajar. 

Fokus utama program ini adalah keselamatan kebakaran di rumah. Safe Kids Malaysia telah berganding bahu dengan Honeywell untuk mewujudkan modul Pencegahan Kebakaran dan Kelecuran. Hasil daripada program ini, akan meningkatkan kesedaran di kalangan ahi keluarga dan arif akan risiko-risiko yang boleh menyebabkan kecederaan di rumah dan mengetahui langkah langkah pencegahan di rumah agar kanak-kanak dilindungi.  

[Pautan Siaran Akhbar Majlis Pelancaran]

[Pautan Laporan Kajian]

[Pautan Video]

Honeywell

Honeywell (www.honeywell.com) merupakan sebuah syarikat Fortune 100 dan pemimpin dalam bidang kepelbagaian teknologi dan pembuatan, memberi khidmat kepada pelanggan di seluruh dunia dengan produk-produk dan perkhidmatan aeroangkasa; teknologi kawalan untuk bangunan-bangunan, rumah dan industri; pengecas turbo; dan bahan-bahan prestasi. 

 

Operasi di Malaysia telah bermula pada tahun 1985 and kini Honeywell mempunyai lebih daripada 1500 kakitangan di enam bandar merentas Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Penang, Kemaman and Johor Bahru. Teknologi dan penyelesaian Honeywell, seperti system avionik bersepadu untuk kapal terbang, kawalan proses dan teknologi untuk penapisan dan automasi bangunan telah menyokong pembangunan Malaysia selama ini secara selesa, lebih selamat dan masyarakat yang menggunakan tenaga secara efisien.

Program – Kanak-Kanak Selamat di Jalan Raya

Inisiatif dan Program-Program Safe Kids Malaysia UPM


Kanak-Kanak Selamat di Jalan Raya (Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dan Insiatif Topi Keledar Kanak-Kanak)

Safe Kids Malaysia UPM telah dilantik oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia pada 2013 untuk menangani isu-isu keselamatan jalan raya melibatkan kanak-kanak. Tambahan kepada itu, Safe Kids Malaysia UPM juga merupakan ahli  Global Alliance of NGOs on Road Safety semenjak 2013. Mulai tahun 2016, Safe Kids Malaysia menjadi Global Alliance Road Safety Advocate secara aktif menyokong keselamatan jalan raya. Safe Kids Malaysia UPM telah dilantik sebagai Expert Panel untuk mengkaji semula Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada tahun 2016. 

Jumlah pelanggaran di atas jalan raya sebanyak 489,606 di Malaysia sangat membimbangkan dan telah mengakibatkan kematian seramai 6706 pengguna jalan raya pada tahun  2015. Daripada jumlah kematian ini, 62.6% melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. 56.4% daripada kematian pengguna motosikal adalah disebabkan oleh kecederaan kepala diikuti dengan 29.6% kematian akibat kecederaan pelbagai anggota badan yang mungkin merangkumi kecederaan kepala. Justeru, kematian pengguna motosikal di jalan raya akibat kecederaan kepala adalah di antara 56.4% to 86.0% (PDRM, 2016 – Laporan Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia – 2015). Salah satu cara yang berkesan mencegah dan mengurangkan kecederaan kepala dan kematian pengguna motosikal ialah dengan menggunakan topi keledar motosikal yang berpotensi mengurangkan risiko dan keparahan kecederaan kepada lebih kurang 72% dan mengurangkan kemungkinan kematian sehingga 39%. 

Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia telah berganding bahu bersama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) dengan Inisiatif Topi Keledar Kanak-Kanak JKJR ke arah mencegah dan mengurangkan kecederaan dan kematian dalam kalangan pembonceng motosikal kanak-kanak ke sekolah. Topi Keledar Kanak-Kanak dilihat sebagai vaksin untuk mencegah kecederaan kepala dalam kalangan pembonceng motosikal kanak-kanak. Melalui insiatif ini, Safe Kids Malaysia, UPM menyediakan topi keledar kanak-kanak berlabel SIRIM secara percuma melalui dana yang disalurkan oleh Safe Kids Worldwide USA dan Halliburton Charitable Foundation USA untuk kanak-kanak memperolehi faedah keselamatan yang lengkap semasa berulang alik ke rumah dan sekolah. Inisiatif oleh Safe Kids Malaysia UPM dan JKJR Malaysia adalah selari dengan sasaran pencapaian yang disasarkan pada Sustainable Development Goal (SDG) 3.6 oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengurangkan kecederan dan kematian akibat pelanggaran di jalan raya kepada separuh menjelang 2020 dan SDG 11.2 untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya yang mudah tercedera dengan kanak-kanak sebagai tumpuan menjelang 2030. 

Safe Kids Malaysia UPM secara aktif melibatkan diri dengan media-mesia tempatan (televisyen, radio dan media bercetak) untuk berkongsi maklumat dan berita mengenai kekeselamatan jalan raya dengan masyarakat umum.

Muat Turun Banner

Program – Kanak-Kanak Selamat di Air

Inisiatif dan Program-Program Safe Kids Malaysia UPM
   

 

 

 

Kanak-Kanak Selamat di Air (Kelemasan)

Safe Kids Malaysia UPM telah dilantik oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk menjadi ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air Malaysia yang baru ditubuhkan pada 2016. 

Safe Kids Malaysia UPM telah memperolehi dana teknikal pada tahun 2014 untuk mendapatkan semua pemegang berkepentingan yang berkaitan dengan kelemasan untuk menghasilkan laporan Status, Isu-isu dan Halatuju Pencegahan Kelemasan di Malaysia. 

 

Program – Fifth United Nation Global Road Safety Week 2019

Inisiatif dan Program Safe Kids Malaysia UPM

Fifth United Nations Global Road Safety Week 2019 telah berlangsung dari 6 hingga 12 Mei 2019. Inisiatif keselamatan jalan raya ini adalah anjuran United Nations yang dijalankan secara serentak di semua negara termasuk Malaysia. Acara dwi tahunan ini focus kepada tema baru yang berbeza dan untuk tahun 2019, tajuk “kepimpinan” dipilih. Matlamat utama tema ini adalah untuk menggalakkan kepimpinan dalam keselamatan jalan raya untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (United Nations) mengenai isu keselamatan jalan raya (SDG 3.6 dan 11.2).

Kepimpinan adalah kunci kepada keselamatan jalan raya kerana keupayaan untuk mempengaruhi atau memberi inspirasi kepada orang lain bagi mencapai matlamat keselamatan jalan raya. Pemimpin keselamatan jalan raya terdiri daripada sesiapa sahaja yang mampu membawa isu risiko di jalan raya kepada perhatian pemimpin masyarakat. Selain kerajaan, seorang ibu, bapa, guru atau pelajar boleh menjadi pemimpin keselamatan jalan raya.

Di Malaysia, Safe Kids Malaysia UPM dengan sokongan dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Global Alliance of NGOs for Road Safety dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaksanakan Fifth United Nations Global Road Safety Week 2019 di beberapa sekolah kerajaan di Selangor. Sekolah- sekolah yang terbabit adalah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
  2. Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih 1
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kwong Hon
  4. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Castlefield
  5. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Simpang Lima
  6. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Manggis
  7. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang
  8. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Persiaran Raja Muda Musa
  9. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang West Country Barat
  10. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jenjarom

Semasa lawatan ke sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, Safe Kids Malaysia UPM membahagikan acara ini kepada tiga sesi – ceramah keselamatan jalan raya (disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia UPM), pengucapan awam oleh para pelajar sekolah mengenai isu keselamatan jalan raya dan pengedaran topi keledar yang disahkan oleh SIRIM kepada pelajar sekolah yang hadir ke sekolah dengan motosikal tetapi tidak memakai topi keledar standard.

 



https://m.facebook.com/797259030404406/posts/1695870350543265/

https://m.facebook.com/797259030404406/posts/1741863935943906/

https://www.thestar.com.my/news/education/2019/05/19/one-size-does-not-fit-all/

 

Pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety

Profesor Madya Dr. Kulanthayan KC Mani, Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Global Alliance of NGOs for Road Safety yang baru bagi penggal 2019-2023. Beliau berazam akan melakukan yang terbaik untuk organisasi dan juga bidang keselamatan jalan raya di peringkat kebangsaan serta global. Beliau mengajak semua pemegang taruh bekerjasama dalam menangani Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu Sasaran 3.6 untuk mengurangkan kematian dan kecederaan jalan raya sebanyak 50% menjelang tahun 2030.


Global Alliance of NGOs for Road Safety ditubuhkan pada tahun 2011 dan berpangkalan di Switzerland. Ia terdiri daripada 224 ahli dari 90 buah negara pada tahun 2018. Tujuan Global Alliance of NGOs for Road Safety adalah untuk membantu menyelaraskan aktiviti-aktiviti NGO keselamatan jalan raya di seluruh dunia. Ia mensatukan dan memperkuatkan NGO untuk menggalakkan advokasi dan tindakan kerjasama menyelamatkan nyawa terkorban di jalan raya di peringkat global. Aktiviti yang diatur oleh Global Alliance of NGOs for Road Safety adalah rangkaian, advokasi dan pembangunan kapasiti sumber manusia. Latihan bersemuka, latihan dalam talian dan mentoring adalah sebahagian daripada program pembangunan kapasiti sumber manusia. Maklumat lanjut mengenai The Global Alliance of NGOs for Road Safety boleh diaksesdi http://roadsafetyngos.org/

 

 

 

Hubungi Kami

Pertanyaan
Facebook : https://www.facebook.com/safekidsmalaysia/

Untuk pertanyaan lanjut, sila email kepada safekidsmalaysia@upm.edu.my atau hubungi kami di +603-89472771.

Kemaskini:: 16/08/2019 [h_khairi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566514530