Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Anatomi Manusia » Pengenalan

Pengenalan

JABATAN ANATOMI MANUSIA


Jabatan Anatomi Manusia ditubuhkan pada awal 2005 di mana ia pada asalnya adalah sebuah Unit Anatomi di Jabatan Sains Bioperubatan. Jabatan ini ditubuhkan khusus untuk pengajaran program pra-klinikal Doktor Perubatan iaitu melibatkan pelajar perubatan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Selain itu, jabatan turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan serta pengajaran program Sains Kesihatan seperti Sains Bioperubatan dan Kejururawatan.

Jabatan Anatomi Manusia terdiri daripada 3 unit iaitu :

1. Unit Anatomi
2. Unit Farmakologi
3. Unit Fisiologi

Selain daripada Pejabat Am yang terletak di tingkat bawah Blok Pentadbiran A, FPSK, jabatan juga mempunya beberapa makmal iaitu :

1. Makmal Kemahiran Pra-Klinikal I (Muzium Anatomi) (Aras 1, Blok Pentadbiran A)
2. Makmal Penyelidikan Anatomi dan Histologi 1 (Aras Bawah, Blok Makmal D)
3. Makmal Penyelidikan Anatomi dan Histologi 2 (Aras 6, Blok Makmal A)
4. Dewan Diseksi Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal C)
5. Makmal Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal C)
6. Bengkel Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal A)
7. Makmal Sel Kultur (Aras Bawah, Blok Makmal A)
8. Makmal Ujikaji Tingkahlaku Haiwan (Aras Bawah, Belakang Rumah Haiwan FPSK)

Sehingga kini, jabatan mempunyai seramai 50 orang staf dan diterajui oleh Prof. Datin Dr. Sharida Fakurazi selaku Ketua Jabatan.

 

KETUA JABATAN TERDAHULU

1. Prof. Madya Dr. Mohamad Taufik Hidayat Baharuldin (2016-2019)
2. Prof. Dr. Fauziah Othman (2011-2016)
3. Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas (2008-2011)
4. Prof. Datin Dr. Sharida Fakurazi (2006-2008)
5. Prof. Madya Dr. Jamaludin Zainol (2006)
6. Dr. Zulkhairi Amom (Acting) (2005-2006)
7. Prof. Madya Dr. Nasarudin Abd Aziz (2005)

 

STRUKTUR ORGANISASI

Ketua Jabatan : Prof. Datin Dr. Sharida Fakurazi

Ketua Unit :
  1. Unit Anatomi : Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas
  2. Unit Farmakologi : Dr. Azmah Sa'at
  3. Unit Fisiologi : Dr. Hafizah Abdul Hamid

Koordinator Makmal

1. Makmal Penyelidikan dan Histologi 1: Prof. Madya Dr. Yong Yoke Keong
2. Makmal Penyelidikan dan Histologi 2: Dr. Azmah Sa'at
3. Dewan Diseksi Anatomi: Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas
4. Makmal Anatomi :Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas
5. Bengkel Anatomi : Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas
6. Makmal Kemahiran Praklinikal I (Muzium Anatomi) :Dr.Muhammad Zulfadli Mehat
7. Makmal Ujikaji Tingkahlaku Haiwan : Prof. Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas

 

Hubungi

No. Telefon : 03 - 9769 2330
No. Faks : 03 - 9769 2331

[Lihat Carta Organisasi]

Kemaskini:: 28/10/2020 [hadizah_jumidil]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1614664258