JABATAN ANATOMI MANUSIA
Jabatan Anatomi Manusia ditubuhkan pada awal 2005 di mana ia pada asalnya adalah sebuah Unit Anatomi di Jabatan Sains Bioperubatan. Jabatan ini ditubuhkan khusus untuk pengajaran program pra-klinikal Doktor Perubatan iaitu melibatkan pelajar perubatan tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Selain itu, jabatan turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan serta pengajaran program Sains Kesihatan seperti Sains Bioperubatan dan Kejururawatan.
Jabatan Anatomi Manusia terdiri daripada 3 unit iaitu :
1. Unit Anatomi
2. Unit Farmakologi
3. Unit Fisiologi
Selain daripada Pejabat Am yang terletak di tingkat bawah Blok Pentadbiran A, FPSK, jabatan juga mempunya beberapa makmal iaitu :
1. Makmal Kemahiran Pra-Klinikal I (Muzium Anatomi) (Aras 1, Blok Pentadbiran A)
2. Makmal Penyelidikan Anatomi dan Histologi 1 (Aras Bawah, Blok Makmal D)
3. Makmal Penyelidikan Anatomi dan Histologi 2 (Aras 6, Blok Makmal A)
4. Dewan Diseksi Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal C)
5. Makmal Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal C)
6. Bengkel Anatomi (Aras Bawah, Blok Makmal A)
7. Makmal Sel Kultur (Aras Bawah, Blok Makmal A)
8. Makmal Ujikaji Tingkahlaku Haiwan (Aras Bawah, Belakang Rumah Haiwan FPSK)
Sehingga kini, jabatan mempunyai seramai 50 orang staf dan diterajui oleh Prof. Madya. Dr. Cheah Pike See selaku Ketua Jabatan.
KETUA JABATAN TERDAHULU
STRUKTUR ORGANISASI
Ketua Jabatan
Ketua Unit
Koordinator Makmal
HUBUNGI
No. Telefon : 03 - 9769 2330
No. Faks : 03 - 9769 2331
[Lihat Carta Organisasi]
Kemaskini:: 07/07/2023 [hadizah_jumidil]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.