Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ditubuhkan pada 1 hb Ogos 1996 melalui percantuman Jabatan Sains Bioperubatan dari Fakulti Veterinar dan Sains Penternakan dengan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dari Fakulti Ekologi Manusia dan mewujudkan Fakulti Sains Perubatan yang baru.
Pada masa ini terdapat kira-kira 1733 pelajar sepenuh masa (Pra-Siswazah : 1285, Siswazah : 448) di bawah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Setelah lapan tahun FPSK berada di bangunan lama iaitu bangunan yang telah digunakan oleh Fakulti Perikanan yang telah berpindah ke Terengganu, warga fakulti telah berpindah ke bangunan FPSK yang baru, yang dibangunkan bersebelahan dengan Hospital Serdang yang telah dikenalpasti sebagai Hospital Pengajar untuk pelajar perubatan FPSK, UPM.
Kawasan kediaman pelajar mengandungi 4 blok kediaman pelajar yang boleh didiami seramai 2000 orang pelajar dengan kemudahan pusat pelajar, medan selera, surau dan 2 buah rumah pengetua. Kawasan fakulti pula terbahagi kepada 3 blok yang terdiri daripada pentadbiran, dewan kuliah/seminar/tutorial dan makmal
Kemaskini:: 20/11/2020 [sazlina]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.