Hasil Pembelajaran Program | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan) » Hasil Pembelajaran Program

Hasil Pembelajaran Program

Program Master:

 

Hasil pembelajaran program di akhir program ini, graduan dapat:

Menunjukkan kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

Mengaplikasi kemahiran praktikal dalam bidang yang berkaitan.

Mengaitkan idea terhadap isu masyarakat di dalam bidang yang berkaitan.

Menjalankan penyelidikan dengan penyeliaan minimum dan patuh kepada perundangan, etika dan kod amalan profesional.

Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.

Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.

Menguruskan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

Program PhD:

 

Hasil pembelajaran program di akhir program ini, graduan dapat:

Mensintesiskan pengetahuan dan menyumbang kepada penyelidikan asal untuk meluaskan ilmu dalam bidang yang berkaitan.

Menyesuaikan kemahiran praktikal yang membawa kepada idea-idea inovatif dalam bidang yang berkaitan.

Memberikan nasihat pakar kepada masyarakat dalam bidang yang berkaitan.

Menunjukkan kualiti kepimpinan melalui komunikasi dan kerjasama berkesan di kalangan rakan dan pihak berkepentingan.

Menghasilkan penyelesaian kepada permasalahan menggunakan kemahiran saintifik dan pemikiran kritikal.

Menjalankan penyelidikan secara bebas dengan mematuhi kod undang-undang, beretika dan profesional amalan.

Menilai masalah dalam bidang yang relevan secara kritis dengan menggunakan kemahiran saintifik, dan;

Mengintegrasikan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.

 

 

Kemaskini:: 08/10/2018 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566342404