Master Sains Pemakanan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pengajian Siswazah (Sains Kesihatan) » Master Sains Pemakanan

Master Sains Pemakanan

MASTER SAINS PEMAKANAN

PENGENALAN

Master dalam Sains Pemakanan menawarkan topik-topik lanjutan yang komprehensif termasuk Pemakanan, gaya hidup dan penyakit tidak berjangkit, Pemakanan global, advokasi dan polisi, Perundangan dan peraturan makanan, Kaedah penyelidikan dan biostatistik dalam pemakanan. Program ini dibentuk untuk memberikan latihan pendidikan lanjutan, yang dapat menyediakan tenaga kerja yang lebih baik ketika landskap memahami hubungan antara pemakanan dan kesihatan yang pesat berubah. Selain itu, program ini membantu dalam mengembangkan kemahiran menterjemahkan pengetahuan berdasarkan bukti menjadi nasihat, dasar dan penyelidikan yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan seluruh penduduk.


OBJEKTIF

  1. Melahirkan profesional pemakanan yang berpengetahuan lanjut dalam melaksanakan dan menyelesaikan masalah dalam bidang pemakanan.
  2. Melahirkan profesional pemakanan yang berprofesionalisme, beretika dan bertanggungjawab sosial dalam melaksanakan tugas dalam bidang pemakanan.
  3. Menghasilkan profesional pemakanan yang berkeupayaan untuk menganalisa dan membuat keputusan berkaitan isu bidang pemakanan.


STRUKTUR KURIKULUM

  • Mempunyai struktur tiga semester (1 tahun) dan diajar menggunakan Bahasa Inggeris
  • Pelajar mesti melengkapkan sekurang-kurangnya 40 kredit untuk bergraduat yang merangkumi 34 jam kredit kursus wajib dan disertasi, dan 6 jam kredit kursus elektif.
  • Semua kelas dijalankan selepas waktu pejabat (Isnin-Jumaat) atau hujung minggu (Sabtu dan Ahad).

    Kursus Wajib  : 28 kredit
    Kursus Elektif  : 6 kredit
    Disertasi  : 6 kredit
    Jumlah  : 40 kredit

SYARAT KEMASUKAN

  1. Pemohon hendaklah mempunyai:
    a. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang berkaitan dengan minimum PNGK 2.750; atau
    b. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.500 - PNGK 2.749 hendaklah mempunyai 
        minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan; atau
    c. Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK di bawah 2.500 hendaklah mempunyai  
        minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
  2. Pelajar tahun akhir program pengajian Ijazah Sarjana Muda juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan bersyarat dengan PNGK atau kelayakan terkini yang memenuhi syarat kemasukan program Master.
  3. Pemohon antarabangsa mesti memperoleh skor minimum 550 untuk Ujian Berasaskan Kertas TOEFL (Versi Akademik) atau Band 6.0 untuk IELTS (Latihan Akademik), atau 79-80 untuk Ujian berasaskan Internet TOEFL atau 213 untuk Ujian berasaskan Komputer TOEFL atau setaraf dengannya. Tempoh sah tidak boleh melebihi lima tahun.


YURAN

Yuran untuk pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa : https://sgs.upm.edu.my/content/tuition_fees-40583


PENDAFTARAN

Untuk pendaftaran, sila klik pautan berikut untuk mendaftar  : http://sgsportal.upm.edu.my:8080/sgsportal/guide/sgs.jsp


MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Koordinator Program  :  Prof. Dr. Loh Su Peng
No Telefon                 :  03-97692432 / 03-97692459
Emel :  medic.mnscoordinator@upm.edu.my
Website: http://www.medic.upm.edu.my/


MAKLUMAT TAMBAHAN

Brochure - Master of Nutritional Sciences

Sijil Akreditasi Master Sains Pemakanan

 

Kemaskini:: 01/02/2024 [nooraffandi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEREAH~