Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Perubatan Keluarga » Pengenalan

Pengenalan

KETUA JABATAN
   
Irmi Zarina Ismail (Dr.)
MD (USM), MMed (Fam Med) (UM)
Kepakaran: Perubatan Keluarga
 
Tel:+603-9769 2538
Emel: irmiismail@upm.edu.my
ORCID: orcid.org/0000-0002-7770-7966
CV:[MUAT TURUN]

 

Jabatan Perubatan Keluarga

Pada 1hb September 2009 Jabatan Perubatan Keluarga telah di tubuhkan secara rasmi. Pada ketika ini Jabatan ini diketuai oleh Dr. Irmi Zarina Ismail dan mempunyai 18 tenaga pengajar. Jabatan ini juga mempunyai 4 pegawai sokongan. Jabatan ini aktif dalam memberi kepakaran terutamanya dalam bidang Perubatan Keluarga dan penjagaan warga tua di Daerah Sepang. Ini adalah sebahagian dari Memorandum Persefahaman di antara Daerah Sepang dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

Visi dan Misi

Visi

Untuk meningkatkan taraf kesihatan negara kita melalui kepimpinan dan kecemerlangan dalam bidang pendidikan perubatan keluarga, amalan klinikal, penyelidikan dan khidmat masyarakat.

 

Misi

Misi kami dibahagikan kepada 4 bidang seperti berikut:

Amalan Klinikal:

Untuk menyediakan penjagaan berpusatkan pesakit yang berkualiti tinggi, kos efektif dan inovatif kepada populasi yang pelbagai kumpulan etnik melalui kerjasama antara disiplin dan untuk meningkatkan akses kepada penjagaan

Pendidikan Perubatan:

Untuk membangunkan dan mengekalkan program pendidikan perubatan keluarga yang boleh dicontohi untuk pelajar dan doktor pengamal untuk melatih pemimpin masa depan dalam bidang akademik perubatan keluarga.

Penyelidikan dan Biasiswa:

Untuk menggalakkan penemuan dan penyebaran pengetahuan yang penting kepada bidang klinikal amalan keluarga, pendidikan, dan organisasi penjagaan kesihatan, dengan tumpuan untuk meningkatkan komunikasi mengenai penjagaan kesihatan dan mengurangkan jurang perbezaan dalam pemberian perkhidmatan kesihatan.

Khidmat Masyarakat:

Untuk membangunkan konsep perkongsian penjagaan kesihatan dengan individu, organisasi komuniti dan kerajaan untuk menangani isu-isu berkaitan dengan keperluan penjagaan kesihatan yang tidak dapat dipenuhi dalam komuniti kita.

 

[Carta Organisasi]

 

Kemaskini:: 12/10/2022 [qayyumalemilhadie]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SWMEXAq~