Introduction | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» DEPARTMENT » Department of Medical Education » Introduction

Introduction

Jabatan Pendidikan Perubatan (JPP)

Jabatan Pendidikan Perubatan (JPP) dahulunya dikenali sebagai Unit Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Perubatan (Medical Education Research & Innovation Unit, MERIU) yang beroperasi di bawah Pejabat Timbalan Dekan Akademik (Perubatan), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Unit ini ditubuhkan bagi menyokong pembangunan penyelidikan, inovasi serta amalan terbaik dalam pendidikan perubatan. Jabatan Pendidikan Perubatan kini diketuai oleh Prof. Dr. Muhammad Saiful Bahri Yusoff.

Selaras dengan keperluan pengukuhan tadbir urus akademik dan penstrukturan semula fakulti, unit ini telah dinaik taraf dan ditubuhkan secara rasmi sebagai Jabatan Pendidikan Perubatan pada tahun 2026. Penubuhan ini mencerminkan komitmen fakulti dalam memperkasa pembangunan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian, serta jaminan kualiti program pendidikan perubatan.

Jabatan ini memainkan peranan penting dalam menyelaraskan dan menambah baik kurikulum, khususnya Program Doktor Perubatan (MD) serta program akademik lain, di samping menambah baik sistem penilaian serta menerajui inisiatif latihan pembangunan fakulti. JPP turut berfungsi sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan pendidikan perubatan, inovasi pengajaran, serta amalan akademik berasaskan bukti.

Selain daripada menyokong akreditasi dan pematuhan standard nasional serta antarabangsa, jabatan ini aktif dalam penganjuran bengkel, latihan akademik, penyelidikan dan kolaborasi strategik bagi memastikan kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan pendidikan perubatan.

 

  1. Perkhidmatan Profesional yang Ditawarkan

Jabatan Pendidikan Perubatan menyediakan perkhidmatan profesional dalam bidang berikut:

  • Pembangunan & Semakan Kurikulum – Penyelarasan reka bentuk, pelaksanaan dan penambahbaikan kurikulum selaras dengan keperluan akreditasi.
  • Pengajaran & Pembelajaran – Pembangunan kapasiti staf akademik dalam pedagogi berpusatkan pelajar dan inovasi pendidikan.
  • Pembangunan & Pemantauan Penilaian – Reka bentuk sistem penilaian yang sah, boleh dipercayai dan selari dengan hasil pembelajaran.
  • Penyelidikan & Inovasi Pendidikan Perubatan – Sokongan penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah.
  • Jaminan Kualiti Akademik – Pemantauan pematuhan standard, dokumentasi dan penambahbaikan berterusan program.

Pengantarabangsaan & Mobiliti – Pengurusan kolaborasi antarabangsa dan aktiviti akademik global dalam bidang pendidikan perubatan

Updated:: 12/03/2026 [qayyumalemilhadie]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
F, (06:40:49pm-06:45:49pm, 12 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]