JABATAN PEMAKANAN
PENGENALAN
Pemakanan dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, serta pemeliharaan kesihatan. Seiring dengan perkembangan sosial ekonomi yang pesat di Malaysia, gaya hidup, amalan pemakanan dan tahap aktiviti fizikal masyarakat, telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Perubahan ini memberi kesan ke atas corak pola atau kadar morbiditi dan kematian di Malaysia yang kebanyakannya disebabkan oleh penyakit berkaitan gangguan diet, termasuklah penyakit jantung, diabetes, obesiti,dan tekanan darah tinggi. Memandangkan masyarakat Malaysia kini mempunyai tahap kesedaran kesihatan yang lebih tinggi, dan mudah mendapat maklumat dari media elektronik dan cetak, maka adalah penting untuk memastikan bahawa masyarakat menerima atau pun mendapat maklumat yang benar dan tepat berkenaan kesihatan dan pemakanan. Oleh itu, adalah penting bagi institusi pengajian tinggi untuk bertindak secara lebih proaktif dalam mengembangkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan, khususnya dalam bidang pemakanan , di peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.
Sejarah Jabatan
Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti telah ditubuhkan pada 1hb April 1992 sempena dengan penubuhan Fakulti Ekologi Manusia. Pada 1hb Ogos 1996, jabatan ini telah digabungkan dengan Jabatan Sains Bioperubatan dan Jabatan Sains Perubatan untuk menubuhkan Fakulti Bioperubatan dan Sains Kesihatan. Seterusnya pada 1hb Mei 1999, jabatan telah bertukar nama kepada Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan. Selepas itu , jabatan dikenali dengan nama baru, Jabatan Pemakanan dan Dietetik (JPD) . Selepas 1hb. Oktober 2020 , jabatan di kenali dengan nama Jabatan Pemakanan , diketuai oleh Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman selaku Ketua Jabatan.
Ketua Jabatan terdahulu
Struktur Organisasi
Ketua Jabatan : Prof.Dr. Norhasmah Sulaiman
Ketua Unit :
Koordinator Program
Dengan hubungan kerjasama yang rapat dalam kalangan ahli akademik dengan institusi lain, bidang penyelidikan utama ahli Jabatan antara lain ialah :
Jabatan Pemakanan, FPSK, UPM komited untuk mewujudkan penglibatan yang kukuh dan kerjasama yan mapan dengan institusi lain. Jabatan telah mempunyai hubungan dengan pelbagai universiti, agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan rakan industri di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam penyelidikan, perundingan, perkhidmatan komuniti, aktiviti pelajar, kakitangan dan lain-lain.
Hubungi
Kemaskini:: 05/04/2021 [m_sharfizam]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.