Introduction | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» DEPARTMENT » Department of Ophthalmology » Introduction

Introduction

PENGENALAN

  • Unit Oftalmologi bermula pada tahun 1998 di bawah naungan Jabatan Surgeri ketika kumpulan pertama penuntut perubatan UPM memasuki fasa klinikal. Semenjak tahun 2001 jabatan telah ditempatkan di aras satu dan dua di blok pertama Kompleks Kolej Kejururawatan, Hospital Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, klinik mata telah beroperasi di Porta Kabin UPM, Hospital Kajang sejak tahun 1998 sehinggalah tahun 2006. Setelah Hospital Serdang dibuka, klinik mata juga telah turut berpindah pada tanggal 1 Jun 2006 sehingga sekarang.

  • Bermula pada 13 Januari 2020 Klinik Mata telah mula beroperasi di Hospital Pengajar UPM namun operasi di Hospital Serdang turut diteruskan jua. Setelah berpindah ke HPUPM, Unit Oftalmologi kini telah pun dinaikkan taraf kepada sebuah jabatan pada Oktober 2020.

  • Klinik Pakar Perubatan Oftalmologi ini beroperasi setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat bermula dari pukul 8:00 pagi sehingga pukul 5 Operasi pakar oftalmologi di Hospital Serdang pula adalah pada hari Selasa, manakala pembedahan di HPUPM pula adalah pada hari Jumaat.

 

STRUKTUR ORGANISASI KLINIK

Klinik diketuai oleh ketua jabatan yang dilantik secara rasmi oleh UPM dan dibantu oleh pakar perubatan, dan pegawai perubatan klinikal. Staf Kesihatan Bersekutu (Allied Health Staff) diketuai oleh ketua jururawat dan dibantu oleh penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu tadbir perkeranian/operasi.

 

SKOP PERKHIDMATAN

Perkhidmatan di Klinik Pakar Oftalmologi meliputi rawatan seperti di bawah:

1. Perawatan mata umum

 

Jabatan Oftalmologi kini menawarkan servis general seperti pembedahan katarak menggunakan teknik pembedahan minor untuk pterygium dan pembuangan benjolan kecil mata. Perawatan glaukoma umum turut diberikan menggunakan Humphrey Visual Field Analyzer (HVF) dan Optical Coherence Tomography (OCT). Manakala laser pula dilakukan dengan menggunakan peralatan Laser Panretinal Photocoagulation (PRP), Nd:Yag Iridotomy and Capsulotomy. 

1. Perkhidmatan Klinik Optometri

  • Klinik Ambliopia dan Penglihatan Binokular.

  • Klinik Kanta Sentuh: kanta sentuh lembut, kanta sentuh keras (RGP) dan Orthokeratologi (Ortho-K).

  • Klinik Penglihatan Terhad.

Updated:: 26/08/2021 [taufikrahmat]

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEYEAp~