Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala & Leher » Pengenalan

Pengenalan

 

JABATAN OTORINOLARINGOLOGI – PEMBEDAHAN KEPALA DAN LEHER 

Latar Belakang dan Sejarah Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala Dan Leher 

Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala Dan Leher (ORL-HNS) dahulunya dikenali sebagai Unit Otorinolaringologi (ORL) di bawah Jabatan Pembedahan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Unit Otorinolaringologi ini telah ditubuhkan pada tahun 1998 sebelum bertukar status ke Jabatan pada tahun 2020. Jabatan ORL-HNS juga memainkan peranan penting sebagai posting wajib dalam kurikulum program pelajar perubatan MD(UPM). Pengajaran dan latihan amali dijalankan di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah,UPM serta Hospital Serdang. Antara inisiatif baru yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 adalah permulaan perkhidmatan klinik ORL di  HSAAS. Jabatan ORL-HNS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ,UPM, juga sedang dalam proses menawarkan program Sarjana Pembedahan (ORL-HNS) untuk menghasilkan pakar Otorinolaringologi yang kompeten dan memenuhi keperluan perkhidmatan Otorinolaringlogi di Malaysia.

MISI 

Jabatan Otorinolaringologi akan menyediakan perkhidmatan ENT bertaraf dunia dan meningkatkan kualiti kesihatan hidup melalui inovasi,kecemerlangan dalam pengajaran, latihan dan penyelidikan.

 VISI

Jabatan Otorinolaringologi akan menjadi pusat ENT yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

 

Kemaskini:: 15/02/2024

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdHAh~