Bacelor Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti Dengan Kepujian | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian

Bacelor Sains Pemakanan dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian

PENGENALAN

Program selama empat (4) tahun ini menggabungkan kursus-kursus dalam bidang sains asas, sains pemakanan dan kesihatan komuniti. 

Program ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mengaplikasikan teori berlandaskan teknologi sains yang sesuai dengan menangani isu-isu berorientasikan manusia dalam pemakanan dan kesihatan dengan menggunakan pengetahuan sains fizikal, sains gunaan dan sains sosial. 

Objektif am kursus ini adalah untuk melahirkan graduan yang dilengkapi dengan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti.

 

 

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program [Program Educational Objectives (PEO)] Bachelor Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian adalah untuk melahirkan pegawai terlatih yang mempunyai ciri-ciri berikut:

STRUKTUR KURIKULUM

Kurikulum program Bachelor Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti dengan Kepujian dengan jumlah 143 jam kredit termasuk 2 jam kredit kokurikulum. Kursus yang ditawarkan dalam program ini dibahagikan kepada tiga (3) komponen utama iaitu Modul Wajib, Modul Teras dan Modul pilihan

Modul Wajib (20 kredit)

Sebanyak 20 jam kredit yang merangkumi tujuh (7) kursus dan 2 jam kredit kursus kokurikulum perlu diambil oleh pelajar. Kursus yang diperuntukkan (mengikut ketetapan Universiti) ini terdiri daripada kursus kemanusiaan bagi memupuk nilai murni, etika dan moral serta kursus yang bertujuan membentuk kemahiran komunikasi dan keusahawanan yang penting kepada kemajuan kerjaya pelajar

Modul Teras (108 kredit)

Kursus yang ditetapkan dalam program sebanyak 108 jam kredit untuk membolehkan pelajar mencapai tahap kemahiran yang cukup dalam bidang pemakanan dan kesihatan komuniti

Modul Pilihan (15 kredit)

Modul Pilihan merupakan kursus-kursus yang dapat memberi pengetahuan tambahan kepada pelajar dan menyokong dalam aplikasi program pemakanan dan kesihatan komuniti. Modul Pilihan yang sebanyak 15 jam kredit ini termasuk 3 jam kredit kursus bahasa global.

 

KERJAYA

Peluang kerjaya kepada graduan dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan Komuniti amat meluas di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya ialah sebagai:

  • Penyelidik Pemakanan di Universiti dan Hospital
  • Saintis di Institut/ Pusat Penyelidikan
  • Pegawai Penyelidik
  • Pegawai Sains (Pemakanan)
  • Perunding Pemakanan
  • Pengurus Korporat
  • Pensyarah
  • Perancang Promosi Kesihatan
  • Jurulatih/Pendidik Kesihatan
  • Pegawai Pemasaran
  • Pengurus Peraturan Makanan
  • Pegawai Jaminan Kualiti dan Kawalan

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON TEMPATAN)

 

SYARAT KEMASUKAN (CALON ANTARABANGSA)

 

KADAR YURAN PENGAJIAN

Kemaskini:: 23/09/2020 [erinn]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDcWAZ~