Program ini menyediakan pendidikan kejururawatan komprehensif yang diperkukuhkan dengan pengenalan ke bidang kemahiran, informasi teknologi dan penyelidikan.
Ia juga memenuhi kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia dan sektor swasta untuk melahirkan tenaga jururawat profesional yang beretika, memegang prinsip moral/ keagamaan, adat resam dan kerohanian serta berusaha meningkatkan taraf pencapaian pendidikan kejururawatan.
Peluang Kerjaya
Selain itu, graduan kejururawatan juga boleh berkhidmat di bahagian pengeluaran, pentadbiran ataupun jualan di dalam industri atau syarikat farmaseutikal dan lain-lain yang berkaitan dengan kesihatan. Berkhidmat di rumah kebajikan, rumah warga tua dan lain-lain organisasi kesihatan atau NGO. Berkhidmat di dalam perkhidmatan forensik polis dan Pusat Rehabilitasi Dadah. Berkhidmat sebagai tutor/pembantu pensyarah di IPTA/IPTS ataupun sebagai calon ijazah lanjutan serta bakal tenaga pengajar.
Kemaskini:: 05/10/2018 [h_khairi]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.