Doktor Perubatan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKADEMIK » Pra siswazah » Doktor Perubatan

Doktor Perubatan

PENGENALAN

Kursus ini terdiri daripada 5 tahun program bersepadu yang berasaskan empat tema iaitu Manusia, Sel, Komuniti, dan Pembangunan Peribadi dan Profesional. Pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kepada sistem tubuh badan dan bukannya pemisahan tradisional bidang anatomi, fisiologi, biokimia, patologi, dan mikrobiologi. Program perubatan bersepadu meliputi sistem kardiovaskular, sistem pencernaan dan lain-lain, di mana semua sains asas berkaitan perubatan dan disiplin klinikal terlibat.

Kurikulum ini memberi penekanan kepada pembelajaran pelajar berpusat dengan pengenalan awal pengalaman klinikal. Pendedahan komuniti dan kesihatan awam serta penekanan kepada sains tingkah laku, kemahiran komunikasi dan pembangunan profesional adalah terkandung dalam kurikulum. Metodologi penyelidikan dan pengalaman masih menjadi komponen penting dalam kurikulum, manakala pengajaran klinikal yang komprehensif memastikan pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman klinikal yang mencukupi bagi menjadikan mereka doktor yang berpengetahuan dan kemahiran.

Sasaran

- Melahirkan doktor yang terlatih, penyayang, berkebolehan, mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan mampu bekerja dalam satu pasukan
- Membentuk sikap prihatin dan belas kasihan terhadap orang sakit dan masyarakat umum bagi memenuhi keperluan individu dan negara
- Menyemai kesedaran tentang undang-undang dan etika tanggungjawab seorang doktor
- Menyemai budaya dan kepentingan pendidikan perubatan hayat secara berterusan


STRUKTUR KURIKULUM
 
 
  Terdiri dari 3 Fasa:
  • Fasa 1 - Tahun 1 dan 2 (asas sains perubatan)
  • Fasa 2 - Tahun 3 (asas klinikal)
  • Fasa 3 - Tahun 4 dan 5 (klinikal)
  
Pra klinikal
Tahun 1
 
Semester 1:
  •         Package 1 : The Human Body : Structure and Function
  •         Package 2 : Molecular Basis of Medicine and General Pharmacology
  •         Package 3 : Introduction to Disease
  •         Package Concurrent  
Semester 2:
  •          Package 4 : Haematolymphoid System
  •         Package 5 : Cardio-Respiratory System
  •         Package 6 : Excretory and Digestive System
  •         Package Concurrent
Tahun 2
 
Semester 1:
  •          Package 7 : Reproductive and Endocrine System
  •         Package 8 : musculaskeletal and Central Nervous System
  •         Package 9 : Public Health, Epidemiology and Medical Statistics
  •         Package Concurrent
Semester 2:
  •         Package 10 : Behavioral Science, Professional Development and Communication Skills
  •         Package 11 : Research Methodology and Project
  •         Package Concurrent
  •         Professional Exam I
 
Klinikal Tahun 3 
  •       Perubatan Pengenalan
  •       Surgeri Pengenalan
  •       Otorinolaringologi
  •       Oftalmologi
  •       Penjagaan Kesihatan Warga Tua
  •       Radiologi Pengenalan
  •       Perubatan Keluarga Pengenalan
  •       Sokongan Hayat Asas
Tahun 4 
  •       Psikiatri Pengenalan
  •       Ortopedik Pengenalan
  •       Perubatan Keluarga Lanjutan
  •       Perubatan Komuniti
  •       Obstetrik dan Ginekologi Pengenalan
  •       Pediatrik Pengenalan
  •       Lawatan Susulan Komuniti
  •       Latihan Klinikal
Tahun 5 
  •       Perubatan Lanjutan
  •       Surgeri Lanjutan
  •       Psikiatri Lanjutan
  •       Ortopedik Lanjutan
  •       Obstetrik dan Ginekologi Lanjutan
  •       Pediatrik Lanjutan
  •       Perubatan Forensik
  •       Anestesiologi
  •       Kemalangan dan Kecemasan
  •       Perubatan Sukan

 
MATLAMAT PROGRAM 

 
  • Melahirkan doktor terlatih dan pengetahuan dan kemahiran yang mantap untuk membolehkannya berkhidmat kepada individu yang memerlukan dan juga kepada bangsa dan negara 
 
  • Melahirkan doktor terlatih dan mampu melaksanakan tanggungjawab secara cekap dan berkesan tanpa mengira tempat berkhidmat iaitu sama ada di bandar atau pedalaman 
 
  • Melahirkan doktor terlatih dan mempunyai sikap yang positif dan penyayang terhadap pesakit dan masyarakat umum 
  • Melahirkan doktor terlatih dan terlatih dalam melaksanakan rawatan dan pencegahan penyakit 
  • Melahirkan doktor terlatih dan menyedari tanggungjawab perundangan dan etika sebagai seorang doktor 
  • Melahirkan doktor terlatih dan membudayakan aktiviti pembelajaran perubatan sepanjang hayat 


KERJAYA

Doktor adalah diwajibkan untuk menjalani housemanship selama dua tahun selepas menamatkan pengajian ijazah perubatan. Doktor akan mendapat kelayakan pendaftaran penuh dengan MPM dengan menjalani latihan pra-pendaftaran jawatan Pegawai Perubatan yang diberi oleh Kerajaan Malaysia di Hospital Kerajaan dalam tempoh 3 tahun sebelum dibenarkan bekerja dengan agensi swasta. Selepas selesai dengan jayanya latihan pra-pendaftaran, doktor akan diselia di mana-mana hospital seperti hospital kerajaan, hospital daerah, klinik kerajaan atau klinik swasta.

 

Kemaskini:: 08/10/2018 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566343997