KETUA JABATAN |
|
Dr. Shaharuddin Mohd Sham Ketua Jabatan Emel : shaha@upm.edu.my Tel. :03 9769 2513 / 03 9769 2397 Faks. :03 9769 2395 |
Unit Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOH) telah ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti. Unit ini kemudiannya diletakkan di bawah Jabatan Kesihatan Komuniti pada tahun 1999. Pada tahun 2002, unit ini telah dipisahkan kepada dua, iaitu Unit Kesihatan Persekitaran serta Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pada tahun 2009, kedua-dua unit telah digabungkan dan dikenali sebagai Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan.
Jabatan ini telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac 2012 dan Profesor Zailina Hashim sebagai Ketua Jabatan pertama. Jabatan ini mempunyai 20 orang ahli terdiri daripada 18 staf akademik dan 5 staf sokongan.
Wawasan Jabatan
Sebagai sebuah organisasi pusat yang cemerlang dalam bidang Sains Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan dari segi pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
Misi Jabatan
Berlandaskan kepada visi UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf global, misi jabatan akan berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan secara berterusan dalam pengendalian program pendidikan dan pembelajaran dalam bidang sains kesihatan persekitaran dan kesihatan pekerjaan di peringkat prasiswazah serta siswazah. Selain dari ini, jabatan juga akan meningkatkan kecemerlangan dalam penyelidikan, pengembangan dan perundingan bidang ini.
STRUKTUR ORGANISASI
STRATEGI JANGKA MASA PANJANG JABATAN
1. Kualiti pendidikan
Untuk meningkatkan kualiti pengajaran, penyelidikan dan perundingan dengan memberi tumpuan kepada latihan profesional kakitangan di universiti-universiti tempatan atau luar negara.
2. Hubungan
Memupuk kerjasama dan rangkaian profesional di kalangan unit, jabatan, universiti tempatan dan antarabangsa, Kementerian Kesihatan (KKM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.
3. Kerjasama dengan fakulti-fakulti yang lain di UPM dan juga dengan universiti-universiti yang lain
Kerjasama dengan universiti luar negara yang disediakan rantaian oleh pelajar PhD yang sebelumnya (tutor) seperti University of Aberdeen, Universiti Sydney, Universiti of East Anglia (Norwich), LaTrobe University (Australia), University of Uppsala (Sweden), Mie University (Japan), Universitas Malahayati (Indonesia), Walailak University (Thailand) dan United Nations University.
4. Kursus jangka masa panjang
Kursus jangka panjang yang membawa kepada ijazah Doktor Falsafah yang ditawarkan dalam bidang-bidang seperti berikut:
5. Latihan yang ditawarkan/diperlukan
Pengambilan kakitangan baru akademik dengan pelbagai bidang kepakaran; peluang untuk melanjutkan pelajaran di institusi di dalam dan di luar negara.
6. Geran
Projek kebangsaan, antarabangsa dan akan diteruskan yang meliputi hampir semua bidang kesihatan persekitaran dan pekerjaan. Ini bertujuan mengekalkan nombor penerbitan dan meningkatkan indeks-H setiap staf akademik.
HUBUNGI
Kemaskini:: 27/10/2023 [yubin]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.