Perkhidmatan Profesional | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Obstetrik dan Ginekologi » Perkhidmatan Profesional

Perkhidmatan Profesional

PERKHIDMATAN PROFESSIONAL YANG DITAWARKAN:


 

Apa itu Ketidaksuburan?
Ketidaksuburan merupakan ketidakmampuan untuk hamil melalui perhubungan seksual tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga selepas setahun mencuba. Secara amnya, peratus ketidaksuburan lelaki dan wanita adalah hampir sama. Di Malaysia, kira-kira 1 dalam 7 pasangan tidak mempunyai anak.
Penyebab lazim ketidaksuburan lelaki berpunca daripada sperma berkualiti rendah, saluran sperma (vas deferens) tersumbat, pancutan sperma dan mani yang berbalik (looping ejaculation) dan gangguan hormon. Penyebab ketidaksuburan wanita mungkin berpunca daripada saluran Fallopio tersumbat, gangguan hormon, endometriosis  (tisu rahim ektopik) serta kehadiran antibodi antisperma. Sesetengah pula tidak mempunyai sebab atau punca yang jelas dan ini dikenali sebagai ketidaksuburan tanpa penjelasan (unexplained infertility).
Rawatan Teknologi Penghamilan Dibantu  (Assisted Reproductive Technology, ART) seperti yang dinyatakan di bawah merupakan kaedah terbukti untuk meningkatkan peluang anda untuk hamil dan mendapat bayi sihat.
 
     Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit
     Penghamilan Dibantu:
□    Permanian Berhadas (Intra Uterine Insemination, IUI)
□    Analisis Sperma dan Mani (Semen Analysis, SA)
 
Permanian Berhadas (Intra Uterine Insemination, IUI)
  • Ini merupakan rawatan awal yang disyorkan.
  • Telur dalam wanita dimatangkan dengan menggunakan ubat-ubatan kesuburan
  • Semasa ovulasi, sampel sperma yang dibersihkan dimasukkan ke dalam rahim perempuan.
  • Persenyawaan berlaku seperti lazimnya(iaitu dalam salah satu saluran fallopio)
  • IUI sesuai bagi wanita yang saluran fallopionya tidak tersumbat dan lelaki yang bilangan spermanya normal.
 

LOKASI 
  • Pusat Penyelidikan dan Kesihatan Reproduktif FPSK, Blok D, Aras 6, Bangunan Makmal,  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM)
PAKAR/PERUNDING 
  • Prof. Madya Dr Nazri Bin Yazid (Pakar Klinikal / Penasihat)
  • Dr Habibah Abdul Hamid (Pakar Klinikal / Penasihat)
  • Dr Maiza Tusimin ((Pakar Klinikal / Penasihat)
  • No telefon: +603-9769 2716  (Perkhimatan Klinikal)
 

 

Kemaskini:: 29/07/2019 [m_riyas]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566309563