Cabaran Transformasi Segak 60 Hari | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» AKTIVITI » Cabaran Transformasi Segak 60 Hari

AKTIVITI

Tajuk Acara
Cabaran Transformasi Segak 60 Hari
Tarikh
15 Nov 2023 - 02 Feb 2024
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
Universiti Putra Malaysia
Ringkasan Acara
Sebanyak 247 peserta yang merupakan staff Universiti Putra Malaysia telah mendaftar untuk menyertai program Cabaran Transformasi Segak 60 Hari yang dianjurkan oleh Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, dengan kerjasama Pejabat Pendaftar, Pusat Kesihatan Universiti, dan Akademi Sukan UPM. Dari jumlah tersebut, sebanyak 73 orang telah terpilih untuk mengikuti program selama 8 minggu. Program ini bertujuan untuk membantu peserta mencapai penurunan berat badan dengan cara yang sihat dan efektif. Program Cabaran Transformasi Segak 60 Hari telah bermula pada 15 November 2023 dan majlis penutup program pula telah diadakan paada 2 Februari 2024 dan disempurnakan oleh Pendaftar UPM, En. Muhazam Mansor.

Pada akhir intervensi, pengukuran yang dilakukan menunjukkan purata penurunan berat untuk setiap peserta adalah sebanyak 3.5 kg. Namun, pencapaian tertinggi dicatatkan oleh seorang peserta yang berhasil menurunkan berat badan sebanyak 9.3 kg dalam tempoh 8 minggu. Menurut Ketua Projek Intervensi ini Prof. Madya Dr Hazizi Abu Saad, intervensi yang diberikan kepada peserta terdiri daripada penerapan tingkahlaku, kefahaman dan pengetahuan mendalam mengenai pemakanan yang seimbang serta aktiviti fizikal yang diperlukan untuk mencapai penurunan berat badan secara berkesan. Kumpulan sokongan turut diwujudkan menggunakan medium media sosial bagi memberikan sokongan dan bantuan kepada kesemua peserta terlibat.

Sebanyak 10 orang peserta telah diberi penghargaan hadiah saguhati sebagai pengiktirafan atas usaha mereka dalam mencapai kejayaan. Hadiah saguhati ini merupakan sumbangan yang diberikan oleh Malaysian Association for the Study of Obesity (MASO) serta Tabung Amanah Pejabat Pendaftar UPM, yang juga mengiktirafan usaha kesemua peserta dalam mencapai gaya hidup yang lebih sihat.

Kemaskini:: 09/02/2024 [sitiraihanah]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEYEAo~