Pegawai Akademik FPSK Raih Tempat Pertama Di PICTL 2018 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Pegawai Akademik FPSK raih tempat pertama di PICTL 2018

Pegawai Akademik FPSK raih tempat pertama di PICTL 2018

SERDANG, 2 Ogos - Pegawai Akademik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) mengungguli tempat pertama dalam Pertandingan Amalan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Terbaik di Putra InnoCreative Carnival in Teaching and Learning (PICTL) 2018 dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM,5000, sijil dan piala pusingan.

Pengiktirafan itu diberikan kepada peserta terdiri daripada Prof. Madya Dr. Norhafizah Mohtarrudin (Timbalan Dekan, Akademik Sains Kesihatan dan Hal Ehwal Pelajar &Alumni) FPSK, Dr. Rafidah Hod (Jabatan Anatomi Manusia) FPSK, Prof. Madya Dr. Syafinaz Amin Nordin (Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan) FPSK, Dr. Faridah Idris (Jabatan Patologi) FPSK, Dr. Nor Fadhlina Zakaria (Jabatan Perubatan) FPSK dengan tajuk pembentangan iaitu Structured Medical Internship Module (SMIM).

Anugerah disampaikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Akademi (CADe), Prof. Dr. Muta Harah Zakaria.

PICTL 2018 bertemakan Imagineering the 21st Century Educator’ anjuran CADe itu bertujuan untuk memupuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan ahli kademik dan pelajar dalam merealisasikan mandat Menteri Pendidkan Tinggi 2018 iaitu Pendidikan 4.0 dan Kampus Pintar.

Antara kriteria penilaian pertandingan itu ialah:

  1. Amalan Inovasi (30%)
  2. Kebolehgunaan

 

  1. Kebolehgunaan (30%)
  2. a) Praktikal dan mudah dilaksanakan
  3. b) Keberkesanan kos
  4. c) Berpotensi untuk dikembangkan

 

  1. Impak (25%)
    1. Keberkesanan kepada pelajar/program/fakulti/UPM

 

  1. Persembahan (15%)
    1. Menarik
    2. Mudah difahami

Turut hadir pada majlis itu ialah Dekan FPSK, Prof. Dr. Zamberi Sekawi.

Tarikh Input: 14/09/2018 | Kemaskini: 14/09/2018 | m_akmalsa

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
C1575866925