Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Sains Bioperubatan » Pengenalan

Pengenalan

KETUA JABATAN
   
NAMA Mohd Nasir Mohd Desa (Prof. Ts. Dr.)
JAWATAN Profesor
BIDANG Microbiologi
EMEL mnasir@upm.edu.my
TELEFON 03 9769 2303

Jabatan Sains Bioperubatan telah ditubuhkan pada tahun 1993/1994 di bawah Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan. Jabatan ini kemudiannya bergabung dengan Jabatan Sains Perubatan dan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti untuk membentuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1 hb Ogos 1996. Pejabat Am Jabatan Sains Bioperubatan serta bilik-bilik pensyarah terletak di aras bawah Blok C dan D manakala makmal-makmal penyelidikan dan pengajaran terletak di Blok A, B dan D.

Jabatan ini terdiri dari 6 unit iaitu :

  1. Unit Biologi Molekul dan Bioinformatik.
  2. Unit Biologi Sel.
  3. Unit Fisiologi.
  4. Unit Farmakologi dan Toksikologi.
  5. Unit Biokimia.
  6. Unit Genetik Perubatan.

Unit-unit ini diketuai oleh Ketua Unit yang menyelia pengajaran dan penyelidikan dari unit masing-masing. Pensyarah-pensyarah di setiap unit adalah berkelayakan PhD dan terlatih dalam bidang masing-masing. Di awal penubuhan jabatan, Ketua Jabatan yang pertama ialah Prof. Madya Dr. Kassim Hamid sebelum diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Patimah Ismail, Profesor S. Balabaskaran, Prof. Madya Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Prof. Dr. Abdul Manan Mat Jais, Prof. Madya Dr. Sabrina Sukardi, Prof. Madya Dr.Latifah Saiful Yazan, Prof. Dr. Muhammad Nazrul Hakim Abdullah, Prof. Madya Dr. Thilakavathy Karruppiah, Prof. Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen dan Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali.

Jabatan kini diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Mohd Nasir Mohd Desa dan jabatan ini beroperasi sepenuhnya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kampus UPM bersebelahan Hospital Serdang.

Struktur Organisasi

  • Ketua Jabatan: Prof. Ts. Dr. Mohd Nasir Mohd Desa
  • Koordinator Program: Dr. Siti Farah Md Tohid, Dr. Fezah Othman, Dr. Zulkefley Othman
  • Ketua Unit:                                       
    • Biologi Molekul dan Bioinformatik: Dr. Suhaili Abu Bakar @ Jamaludin
    • Biologi Sel: Prof. Madya Dr. Tham Chau Ling
    • Fisiologi: Dr. Nur Fariesha Md Hashim
    • Farmakologi dan Toksikologi: Dr. Hasiah Ab. Hamid
    • Biokimia: Dr. Melati Khalid
    • Genetik Perubatan: Prof. Madya Dr. Ling King Hwa
  • Ketua 'Niche area':                                       
    • Biomedical Education & Research Conduct/Ethics: Dr. Manraj Singh Cheema/Prof Madya Dr. Abdah Md Akim
    • Drug Discovery & Development: Dr. Siti Farah Md Tohid
    • Molecular Diagnostic, Genetic Diversity and Bioinformatics: Prof. Ts. Dr.  Cheah Yoke Kqueen/Dr. Suhaili Abu Bakar @ Jamaludin
    • Pain and Inflammation, Invasion and Metastasis : Prof. Madya Dr Enoch Kumar Perimal/Prof. Madya Dr.  Tham Chau Ling
    • Genetics and Regenerative Medicine: Prof. Madya Dr. Norshariza Nordin/Prof. Madya Dr. Ling King Hwa

Hubungi Kami

Jabatan Sains Bioperubatan

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

  • No. Telefon  : 03-9769 2303
  • No. Faks       : 03-8947 2537

 Jabatan Jabatan Sains Bioperubatan

Jabatan BIOMEDIC ALUMNI UPM

BIOMEDIC ALUMNI UPM

Kemaskini:: 05/03/2024 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdQAJ~