Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Surgeri » Pengenalan

Pengenalan

PENGENALAN

Jabatan Surgeri telah ditubuhkan pada tahun 1998, apabila kumpulan pertama penuntut perubatan universiti ini memasuki fasa klinikal di Kampus Klinikal UPM, Cawangan Hospital Kuala Lumpur.

Semenjak 2001, jabatan ditempatkan di aras satu dan dua di blok pertama Kompleks Kolej Kejururawatan, Hospital Kuala Lumpur.

Sejarah perkhidmatan Jabatan Surgeri telah bermula sejak tahun 1998 selaras dengan penubuhan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia. Jabatan Surgeri merupakan salah satu jabatan yang tunggak semenjak penubuhan fakulti ini. Pelbagai khidmat kepakaran dan professional telah disumbangkan kepada masyarakat. Awal penubuhan Jabatan surgeri, UPM, jabatan ini telah bekerjasama dengan Jabatan Surgeri di Hospital Kuala Lumpur untuk memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar perubatan Universiti Putra Malaysia. Selain itu, jabatan surgeri juga memberikan perkhidmatan kepakaran dalam kerja-kerja klinikal di Hospital Kuala Lumpur pada ketika itu. Antara khidmat kepakaran yang diberikan termasuk pembedahan am dan pembedahan bariatrik.

Jabatan ini telah berpindah ke Hospital Serdang and memberikan khidmat klinikal dan pengajaran kepada para pelajar perubatam sehingga penubuhan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM.

Selain daripada khidmat klinikal, jabatan ini juga meggalas tanggungjawab melahirkan graduan kedoktoran di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Selaras dengan pembukaan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Jabatan Surgeri telah meluaskan perkhidmatan secara lebih efisien dan terbuka kepada pesakit serta memberikan pengajaran kepada graduan perubatan melalui kemajuan teknologi dan kemudahan canggih yang disediakan di hospital tersebut. Jabatan surgeri juga telah memberi tumpuan yang mendalam terhadap penyelidikan dalam bidang pembedahan, serta menghasilkan penerbitan kajian yang berimpak timggi.

Antara perkhidmatan klinikal yang disediakan di HSAAS termasuk:

  • Pembedahan Am.
  • Pembedahan Kolorektal dan HIPEC
  • Perkhidmatan Endoskopi.
  • Rawatan Harian.

Prof Madya Dr Zubaidah Nor Hanipah telah dilantik menjadi ketua jabatan surgeri mulai Oktober 2022. Di bawah pimpinan beliau, pada Disember 2022, Jabatan Surgeri telah berjaya menubuhkan program Master Surgeri (Surgeri Am), dan Dr Hizami Amin Tai telah dilantik sebagai penyelaras program master surgeri yang pertama. Setelah tamat tempoh sebagai ketua jabatan, jawatan tersebut telah disandang oleh pensyarah perubatan kanan, iaitu Dr. Hizami Amin Tai yang telah dilantik mulai Oktober 2023.

 

Ketua Jabatan sekarang : Dr. Hizami Amin Tai (Okt 2023 – kini)

 

Senarai nama Ketua Jabatan terdahulu

  • Prof. Madya Dr. Fahmi Abdul Karim (Jul 1999 – Jun 2000)
  • Profesor Dr. Yunus Gul Alif Gul (Jul 2000 – Mei 2022)
  • Profesor Dato’ Dr. Selvarajah Sivaguru (Mei 2022 – Mac 2003)
  • Prof. Madya Dr Yushak Abdul Wahab ( Mac 2003 – Okt 2004)
  • Profesor Dr. Yunus Gul Alif Gul (Okt 2004 – 2008)
  • Profesor Dr. Liew Ngoh Chin (2008 – 2011)
  • Prof. Madya Dr. Mohd Faisal Jabar (Jun 2011 – Jun 2017)
  • Prof. Madya Dato' Dr. Khairul Asri Mohd Ghani (Jun 2017 – Sept 2020)
  • Prof. Madya Dr. Mohd Faisal Jabar (Okt 2020 – Sept 2022)
  • Prof. Madya Dr Zubaidah Nor Hanipah (Okt 2022 - Sept 2023)

 

Hubungi

  • No. Telefon : 03-97692667/2993

 

Kemaskini:: 13/10/2023 [syakirazahar]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SWMGCA1~