Jabatan Kesihatan Komuniti mempunyai dua buah makmal yang telah direka bentuk untuk memberi ruang kepada pensyarah jabatan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar-pelajar siswazah dan pasca siswazah yang berkaitan dengan kesihatan komuniti.
Fasiliti makmal yang dilengkapi dengan komputer dan bilik-bilik mesyuarat kecil dapat memberi ruang kepada pelajar-pelajar siswazah jabatan untuk melaksanakan tugasan kerja, mesyuarat dan aktiviti berkaitan dengan penyelidikan.
Jabatan juga kearah menyediakan makmal yang menjadi tempat rujukan utama kepada sumber-sumber berkaitan dengan kesihatan komuniti, promosi kesihatan, pendidikan kesihatan serta pengurusan bencana dan wabak penyakit.
SENARAI MAKMAL JABATAN KESIHATAN KOMUNITI
MAKMAL KESIHATAN KOMUNITI |
|
Lokasi | : Blok Makmal C, Aras 4 |
Pegawai Yang Bertanggungjawab | : En. Muhammad Zulhairi Zali |
No. Telefon | : 03 - 9769 2311 |
MAKMAL EPIDEMIOLOGI |
|
Lokasi | : Blok Makmal A, Aras 4 |
Pegawai Yang Bertanggungjawab | : En. Ahmad Mustafa bin Abrar |
No. Telefon | : 03 - 9769 2789 |
Kemaskini:: 08/12/2022 [ahmadmustafa]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.