Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Kesihatan Komuniti » Pengenalan

Pengenalan

PENGENALAN

Jabatan Kesihatan Komuniti ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang Kesihatan Komuniti di pelbagai peringkat komuniti di bandar dan luar bandar. Pengajaran meliputi pengenalpastian faktor yang mempengaruhi penyakit dan kejadiannya dalam kalangan komuniti, tingkah laku, organisasi, masalah kesihatan di komuniti, aktiviti dan program kawalan dan pencegahan, dan lain-lain aspek disiplin kesihatan awam.  Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan kepada tiga peringkat pencegahan penyakit iaitu meliputi peringkat pencegahan primer, peringkat pencegahan sekunder dan peringkat pencegahan tertier. Dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan, penglibatan komuniti diutamakan kerana setiap aspek kehidupan, sama ada persekitaran fizikal, mental, sosial, dan budaya saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Bidang Kesihatan Komuniti masa kini tidak lagi dilihat sebagai terarah kepada penyakit semata-mata, bahkan telah pesat berkembang untuk meliputi konsep kesejahteraan komuniti. Oleh yang demikian, bidang Kesihatan Komuniti perlu dilihat sebagai sesuatu disiplin yang bersifat holistik dan bersepadu. Memandangkan status kesihatan individu dan komuniti dipengaruhi oleh perlakuan, sikap, dan kepercayaan secara kolektif, pelbagai isu dalam kesihatan komuniti perlu diterokai melalui penyelidikan dan perundingan komuniti. Menyedari bahawa kegiatan berteraskan komuniti berubah mengikut teknologi dan nilai sosial, pendekatan dan strategi yang digunakan dalam memenuhi tujuan jabatan haruslah bersesuai dengan perubahan teknologi dan nilai sosial semasa.

MISI

Misi Jabatan Kesihatan Komuniti ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan bagi pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang perubatan kesihatan awam yang mana menyumbang kepada penambahbaikan dan kemampanan taraf kesihatan juga peningkatan kesejahteraan hidup individu, keluarga, komuniti dan negara.

MATLAMAT

Matlamat Jabatan Kesihatan Komuniti adalah:

  • Untuk menghasilkan graduan pra siswazah dan pasca siswazah yang berkualiti, berdayasaing dan mempunyai jati diri melalui pembelajaran sepanjang hayat di dalam bidang Perubatan Kesihatan Komuniti.
  • Untuk memperkaya sistem pengurusan kualiti bidang Perubatan Kesihatan Komuniti yang berkesan, efisien, telus dan mesra pelanggan.
  • Untuk mempromosi penyelidikan dan penerbitan perubatan kesihatan komuniti.
  • Untuk mempromosi perkhidmatan professional dan perundingan perubatan kesihatan awam.
  • Untuk mewujudkan pusat kecemerlangan di dalam bidang Perubatan Kesihatan Awam di jabatan.

Struktur Organisasi

Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Nor Afiah Mohd. Zulkefli

Ketua Unit :

  • Unit Pengurusan Penjagaan Kesihatan : Prof. Madya Dr. Rosliza Abdul Manaf
  • Unit Epidemiologi dan Biostatistik : Dr. Sri Ganesh Muthiah
  • Unit Kesihatan Keluarga : Dr. Norliza Ahmad
  • Unit Promosi Kesihatan : Prof. Madya Dr. Suriani Ismail
  • Unit Perubatan Pekerjaan: Dr. Titi Rahmawati Hamedon
  • Unit Perubatan Persekitaran : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin

Penyelaras Program

  • Penyelaras Program Doktor Kesihatan Awam (DrPH) : Dr. Norliza Ahmad
  • Penyelaras Program Master Kesihatan Awam (MPH) : Dr. Anisah Baharom
  • Penyelaras Program Master Sains dan Doktor Falsafah :  Prof. Madya Dr. Suriani Ismail
  • Penyelaras Fasa 1 Program Perubatan : Dr. Huda Zainuddin
  • Penyelaras Program Perubatan Komuniti Tahun 4 (Program Doktor Perubatan) : Dr. Suhainizam Muhamad Saliluddin
  • Penyelaras Pakej 9 (Program Doktor Perubatan Tahun 2) : Dr. Ahmad Azuhairi Ariffin
  • Penyelaras Pakej 11 (Program Doktor Perubatan Tahun 2) : Prof. Madya Dr. Kulanthayan K.C. Man

Penyelaras Jaringan Industri dan Komuniti Jabatan : Prof. Madya Dr. Kulanthayan K.C. Mani

Pegawai Sains

(Lihat Carta Organisasi Jabatan)


KETUA JABATAN TERDAHULU

  • Kol (B) Dr Long Seh Chin (1999-2001)
  • Prof. Dr Mohd Yunus Abdullah (2001-2006)
  • Prof. Madya Dr. Hejar Abdul Rahman (2006-2009)
  • Prof. Madya Dr. Mohd. Yusoff Adon (2009 – 2010)
  • Prof. Madya Dr. Sharifah Zainiyah Syed Yahya (2010 – 2011)
  • Prof. Madya Dr. Muhamad Hanafiah Juni (2011 - 2017)

HUBUNGI KAMI

Jabatan Kesihatan Komuniti

Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No. Telefon : +603-89472424

No. Faks : +603-89450151

 

 

Kemaskini:: 10/12/2018 [ahmadmustafa]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566513946