PENGENALAN
Jabatan Kesihatan Komuniti ditubuhkan untuk mengendalikan pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang Kesihatan Komuniti di pelbagai peringkat komuniti di bandar dan luar bandar. Pengajaran meliputi pengenalpastian faktor yang mempengaruhi penyakit dan kejadiannya dalam kalangan komuniti, tingkah laku, organisasi, masalah kesihatan di komuniti, aktiviti dan program kawalan dan pencegahan, dan lain-lain aspek disiplin kesihatan awam. Pendekatan pengajaran yang dilaksanakan berdasarkan kepada tiga peringkat pencegahan penyakit iaitu meliputi peringkat pencegahan primer, peringkat pencegahan sekunder dan peringkat pencegahan tertier. Dalam melaksanakan program dan aktiviti jabatan, penglibatan komuniti diutamakan kerana setiap aspek kehidupan, sama ada persekitaran fizikal, mental, sosial, dan budaya saling mempengaruhi diantara satu sama lain. Bidang Kesihatan Komuniti masa kini tidak lagi dilihat sebagai terarah kepada penyakit semata-mata, bahkan telah pesat berkembang untuk meliputi konsep kesejahteraan komuniti. Oleh yang demikian, bidang Kesihatan Komuniti perlu dilihat sebagai sesuatu disiplin yang bersifat holistik dan bersepadu. Memandangkan status kesihatan individu dan komuniti dipengaruhi oleh perlakuan, sikap, dan kepercayaan secara kolektif, pelbagai isu dalam kesihatan komuniti perlu diterokai melalui penyelidikan dan perundingan komuniti. Menyedari bahawa kegiatan berteraskan komuniti berubah mengikut teknologi dan nilai sosial, pendekatan dan strategi yang digunakan dalam memenuhi tujuan jabatan haruslah bersesuai dengan perubahan teknologi dan nilai sosial semasa.
VISI
Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan profesional dalam bidang perubatan kesihatan awam.
MISI
Membudayakan pendidikan berkualiti tinggi, penyelidikan bertaraf antarabangsa dan perkhidmatan berimpak berteraskan komuniti.
MATLAMAT
Matlamat Jabatan Kesihatan Komuniti adalah:
Struktur Organisasi
Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Norliza Ahmad
Ketua Unit :
Carta Organisasi Jabatan Kesihatan Komuniti
Penyelaras Program
Penyelaras Jaringan Industri dan Komuniti Jabatan : Prof. Dr. Kulanthayan K.C. Mani
Lihat video pengenalan Jabatan Kesihatan Komuniti
https://www.youtube.com/watch?v=1Tjt_GFHX80
KETUA JABATAN TERDAHULU
HUBUNGI KAMI
Jabatan Kesihatan Komuniti
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
No. Telefon : +603-97692424
No. Faks : +603-97692425
https://www.facebook.com/jkk.fpsk.upm
Kemaskini:: 16/01/2024 [ahmadmustafa]
Pejabat Am Dekan
Aras 3, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.