Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Pediatrik » Pengenalan

Pengenalan

Ketua Jabatan Pediatrik

Prof. Madya.Dr Intan Hakimah Ismail
Pensyarah Perubatan Kanan
Pakar Alergi dan Imunologi Klinikal
Emel :  intanhakimah@upm.edu.my
Tel.   :  03 8947 2609
Faks. :  03 8948 9369


Jabatan Pediatrik pada awalnya ditubuhkan sebagai Unit Pediatrik di bawah Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia (JPPM) pada tahun 1998. JPPM terdiri dari tiga unit yang berbeza iaitu Unit Pediatrik, Unit Obstetrik dan Ginekologi dan Unit Genetik Klinikal. Pada tahun 2006, JPPM telah dibubarkan dan kemudian ditubuhkan dua jabatan iaitu Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Pentadbiran Jabatan Pediatrik dipindahkan sepenuhnya ke kompleks baru Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (FPSK UPM) Serdang yang bersebelahan dengan Hospital Serdang pada Ogos 2006. Buat masa ini, Jabatan Pediatrik mempunyai satu unit iaitu Unit Imunologi Klinikal.

Bagi program doktor perubatan, pengajaran
klinikal posting pediatrik dijalankan di tahun 4 dan 5. Pelajar-pelajar bukan sahaja didedahkan dengan pembelajaran teori, tetapi juga diberi penekanan tentang aspek klinikal yang penting untuk mendiagnosa dan memberi rawatan penyakit akut dan kronik yang sering dijumpai pada kanak-kanak.

Selain dari program pelajar pra siswazah, bermula pada tahun 2012 Jabatan Pediatrik juga menawarkan program pasca siswazah iaitu master perubatan pediatrik. Program master perubatan pediatrik ini menawarkan program latihan kerja sepenuh masa yang bersesuaian dengan standar nasional yang tinggi untuk menghasilkan graduan pakar-pakar pediatrik yang berkelayakan. Selain dari aktiviti pengajaran, kecemerlangan penyelidikan dan perundingan profesional juga dititikberatkan.

MISI

Misi Jabatan Pediatrik adalah untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan melalui pengajaran, penyelidikan, perkhidmatan profesional dan perundingan yang berkesan dalam bidang kepakaran pediatrik khususnya serta perubatan dan sains kesihatan amnya.

OBJEKTIF

1. Untuk menyediakan dan melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

2. Untuk menyediakan tenaga terlatih dalam bidang perubatan pediatrik.

3. Untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang berkaitan pediatrik.

4. Untuk menyumbangkan perkhidmatan perundingan, khidmat nasihat dan pengembangan kepada agensi-agensi kerajaan,
    bukan kerajaan dan swasta.
 

STUKTUR ORGANISASI
 

Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Intan Hakimah Ismail

Ketua Jabatan terdahulu :

      1. Prof. Dr. Davendralingam Sinniah (1998 - 2000)

      2. Prof. Madya Dr. Norlijah Othman (2000 - 2009)

      3. Prof. Madya Dr. Amir Hamzah Dato' Abdul Latiff (2009 - 2010)
 
      4. Prof Dr. Norlijah Othman (2010 - 2011)

      5. Dr. Mohd Feizel Alsiddiq Mohd Fakharuddin (2011 - 2013)

Ketua Unit :

  • Unit Imunologi Klinikal                         : Prof. Madya Dr. Intan Hakimah Ismail

 

Penyelaras Program :

  • Penyelaras posting pediatrik tahun 4     : Dr. Aisha Fadhilah Abang Abdullah
  • Penyelaras posting pediatrik tahun 5     : Dr. Putri Yubbu
  • Penyelaras master perubatan pediatrik  : Dr. Johan Aref Jamaluddin

  

HUBUNGI KAMI

Jabatan Pediatrik
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

No. Telefon   : +603-89472610
No. Faks       : +603-89489369

[ Lihat Carta Organisasi ]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kemaskini:: 17/01/2018 [m_yuzairi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566343504