ENTITI KAMI | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN medic
» ENTITI KAMI » Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)

Kata-kata Aluan Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)

 

Salam Sejahtera.

Selamat datang ke laman sesawang Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia secara amnya dan khususnya ke halaman Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat). Kami di sini berperanan dan beriltizam untuk menyediakan satu gerbang yang komprehensif, di mana segala maklumat berkenaan pengajian siswazah dan proses perancangan serta pelaksanaan projek-projek atau program yang melibatkan kerjasama antara fakulti-industri-masyarakat.

Dari aspek siswazah, kami di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan komited kepada kelestarian pendidikan bagi melahirkan graduan-graduan yang holistik. Pengukur kejayaan seseorang graduan itu bukan sahaja dari segi kecemerlangan akademik bahkan turut dinilai dari segi pencapaian GSA (Generic Student Attribute), iaitu kebolehan menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, moral dan etika profesional, keusahawanan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan, khidmat profesional serta aktiviti kemasyarakatan. 

Kami juga amat menitik beratkan dan menghargai penglibatan langsung pihak industri dan masyarakat sebagai salah satu saluran perkongsian dan penyebaran ilmu pengetahuan yang memberi manfaat seterusnya mendorong ke arah kemajuan serta pembangunan masyarakat dan juga negara. Di sini, kami turut menyediakan satu platform jaringan di mana pihak industri dan masyarakat dapat berinteraksi secara terus dengan pihak kami dalam mewujudkan kerjasama simbiosis yang memberi hasil dan impak yang positif kepada semua entiti. Kami sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak dan menjemput semua melayari laman sesawang kami untuk sebarang maklumat lanjut.

Akhir kata, semoga jalinan ukhwah antara pelajar-fakulti-industri-masyarakat yang terbina ini dapat menyumbang kepada kelestarian kemajuan negara serta memartabatkan bangsa Malaysia sejajar dengan pegangan utuh universiti iaitu ‘BERILMU BERBAKTI’

Sekian, terima kasih.

 

PROFESOR Ts. DR. CHEAH YOKE KQUEEN, FASc
Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)
Tel: 03 9769 2394
Emel: tdsj.medic@upm.edu.my

 

 

TIMBALAN DEKAN
   
NAMA  Profesor Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, FASc
JAWATAN  Timbalan Dekan (Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat)
EMEL  tdsj.medic@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2394
ORCID  https://orcid.org/0000-0001-9258-3749?lang=en
GOOGLE SCHOLAR  Cheah Yoke Kqueen
RESEARCHGATE  Cheah Yoke Kqueen
   
PENYELARAS
   
NAMA  Dr. Sandra Maniam
JAWATAN  Penyelaras Siswazah
EMEL  sandra@upm.edu.my
TELEFON  03 8609 2322


 
NAMA  Profesor Dr. Sarva Mangala Praveena
JAWATAN  Penyelaras Jaringan Industri & Masyarakat
EMEL  smpraveena@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2692
   
SETIAUSAHA
   
NAMA  Puan Wan Malini Wan Mahzan
JAWATAN  Setiausaha Pejabat
EMEL  malini@upm.edu.my / tdsj.medic@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2604
   
PENOLONG PENDAFTAR
   
NAMA  Puan Nor Hasuzie Abdullatif
JAWATAN  Penolong Pendaftar
EMEL  hasuzie.abdullatif@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2605
   

Unit Siswazah & Jaringan Industri dan Masyarakat

  STAF PELAKSANA  
   
NAMA  Encik Mohd Yusly Mohd Yusof (Unit JINM)
JAWATAN  Pembantu Tadbir Kanan
EMEL  myusly@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2810


NAMA  Puan Nor Hafizah Sabran (Unit Siswazah)
JAWATAN  Pembantu Tadbir 
EMEL  nor_hafizah@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2506


 
NAMA  Encik Muhammad Noor Affandi Lispenri (Unit JINM)
JAWATAN  Pegawai Eksekutif
EMEL  nooraffandi@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2822


 
NAMA  Encik Muhamad Azim Zainal Abidin (Unit Siswazah)
JAWATAN  Pegawai Eksekutif
EMEL  azimzainal@upm.edu.my
TELEFON  03 9769 2822

Kemaskini:: 29/10/2025 [nooraffandi]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
X, (01:59:54am-02:04:54am, 15 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]