|
Pegawai dietetik bekerjasama dengan kumpulan profesyen kesihatan multi-disiplin yang lain untuk memberikan penjagaan pemakanan profesional berasaskan bukti saintifik kepada pesakit. Jabatan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti berikut: 1. Perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit di dalam wad Perkhidmatan sajian makanan untuk pesakit di dalam wad dikendalikan oleh kontraktor swasta tetapi dikawal selia oleh pihak Jabatan dengan ketat bagi memenuhi aspek keselamatan makanan, kualiti dan ketepatan diet. Pegawai dietetik di Jabatan menjalankan audit secara berkala untuk memastikan penyampaian perkhidmatan ini adalah berkualiti tinggi.
Jika anda mempunyai sebarang isu, komen atau persoalan berkaitan dengan sajian makanan yang disediakan sepanjang tempoh anda berada di dalam wad, sila hubungi (03) 9769 9108. Masa untuk hidangan makanan adalah seperti berikut: Sarapan pagi : 7.30 – 8.00 pagi Makan tengah hari : 12.00 – 12.30 tgh hari Snek petang : 3.00 – 3.30 petang Makan malam : 6.30 – 7.00 petang
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
2. Perkhidmatan sajian makanan untuk petugas kesihatan Jabatan Dietetik juga menyediakan sajian makanan kepada petugas kesihatan yang berkelayakan iaitu yang terlibat semasa “OT” berdasarkan rujukan pekeliling sedia ada (Pekeliling Bahagian Kewangan KKM Bil. 1, 2009 dan Pekeliling Bil 39 KKM-58/054/4). Pilihan sajian makanan yang disediakan untuk perkhidmatan ini ialah dalam ‘diet normal’ sahaja. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
3. Perkhidmatan dietetik klinikal untuk pesakit di dalam wad Aspirasi Jabatan Dietetik adalah untuk menawarkan perkhidmatan dietetik klinikal untuk pesakit di dalam wad secara ‘auto-referral’ melalui penempatan 1 pegawai dietetik untuk setiap wad apabila HSAAS telah beroperasi dengan kapasiti maksimum. Ini bermaksud, kesemua pesakit yang masuk ke wad akan disaring dalam aspek keperluan pemakanan dan risiko malpemakanan terlebih dahulu dan penilaian lanjutan status pemakanan dan intervensi pemakanan akan dijalankan kepada pesakit yang memerlukan. Langkah-langkah yang terdiri daripada saringan pemakanan, penilaian pemakanan, diagnosis pemakanan, intervensi pemakanan serta pemantauan dan evaluasi pemakanan ini dikenali sebagai ‘Proses Penjagaan Pemakanan’. Walau bagaimanapun, buat masa ini, Jabatan masih dalam fasa awal operasi HSAAS, justeru, perkhidmatan dietetik klinikal untuk pesakit di dalam wad hanya dapat diberikan melalui surat rujukan daripada doktor sahaja Lokasi : Mengikut wad yang dirujuk Waktu Urusan : Isnin - Jumaat | 8.00 pagi - 5.00 petang Pegawai Dietetik : Mengikut pegawai yang bertugas No. Tel : 03-9769 9108 Antara intervensi pemakanan yang biasa diberikan untuk pesakit di dalam wad termasuklah:
Berikut merupakan contoh diet yang disediakan oleh Jabatan Dietetik;
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
4. Perkhidmatan rundingcara diet untuk pesakit luar Pihak Jabatan menawarkan rundingcara diet kepada pesakit yang memerlukan terapi pemakanan perubatan, yang mana ianya dijalankan secara individu atau berkumpulan. Pesakit-pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes (kencing manis), hipertensi (darah tinggi) dan kegagalan buah pinggang kronik memerlukan terapi pemakanan perubatan bagi mengoptimumkan kawalan penyakit berkenaan bersama-sama dengan rawatan perubatan dan ubat-ubatan yang diberikan. Selain itu, rundingcara diet juga ditawarkan kepada individu yang memerlukan pengawalan berat badan, ibu hamil dan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pihak kami menerima rujukan dalaman daripada Klinik Perubatan Keluarga dan Klinik-klinik pakar yang lain di FPSK dan HSAAS. Kami juga menerima pesakit secara ‘walk-in’, walau bagaimanapun, pesakit dinasihatkan agar membuat temujanji terlebih dahulu untuk memastikan terdapat slot kosong. Berikut merupakan waktu operasi klinik-klinik dibawah seliaan Jabatan Dietetik:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5. Pendidikan dan Penyelidikan
Jabatan Dietetik mengambil langkah yang proaktif di dalam penyelidikan untuk menyokong UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul di Malaysia. Justeru pegawai dietetik di FPSK dan HSAAS digalakkan untuk melibatkan diri dalam penyelidikan terutamanya dengan kolaborasi bersama-sama pensyarah dari FPSK. Malah Pensyarah dan Pegawai Dietetik di UPM juga telah melibatkan diri secara aktif dalam menyertai konferens saintifik dan telah memenangi pelbagai anugerah. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
6. Dietetik di dalam Komuniti Staf daripada Jabatan Dietetik terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti memberi ceramah dan pendidikan pemakanan di komuniti tertentu atau berkongsi dengan masyarakat mengenai pelbagai isu pemakanan di media massa seperti televisyen, radio, majalah dan surat khabar. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kemaskini:: 20/04/2025 [m_sharfizam]

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506