Jabatan Dietetik | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Dietetik

Jabatan Dietetik

Jabatan Dietetik (JD) bermula sebagai salah sebuah unit di dalam Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia. Unit Dietetik merupakan sebuah entiti akademik yang menawarkan program Bacelor Sains Dietetik bermula pada sesi 2005/2006 serta program pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Pemakanan Klinikal. Program ini adalah berdaya maju dan kompetetif dengan menjadi antara program yang popular di UPM dengan permintaan untuk memasuki program yang tinggi. Program ini juga telah berkembang dan menjadi antara program Bacelor Sains Dietetik terbaik di Malaysia melalui kayu ukur permintaan industri, maklum balas pemegang taruh dan kualiti pencapaian graduan berbanding dengan institusi pengajian tinggi awam lain yang menawarkan program yang sama.

Kemaskini:: 13/10/2021 [farizanm]

PERKONGSIAN MEDIA

SXETOAS~