Pengenalan | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» JABATAN » Jabatan Sains Bioperubatan » Pengenalan

Pengenalan

Ketua Jabatan

NAMA Prof. Madya Dr. Thilakavathy Karruppiah
JAWATAN Profesor Madya
BIDANG Genetik Manusia dan Haiwan
EMEL thilathy@upm.edu.my
TELEFON 03 8947 2308

 

 

Jabatan Sains Bioperubatan telah ditubuhkan pada tahun 1993/1994 di bawah Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan. Jabatan ini kemudiannya bergabung dengan Jabatan Sains Perubatan dan Jabatan Pemakanan dan Kesihatan Komuniti untuk membentuk Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan pada 1 hb Ogos 1996.  Jabatan Sains Bioperubatan serta bilik-bilik pensyarah terletak di aras bawah Blok C dan D manakala makmal-makmal penyelidikan dan pengajaran terletak di Blok A, B dan D.

Jabatan ini terdiri dari 5 unit iaitu :

  1. Unit Biologi Molekul dan Bioinformatik
  2. Unit Biologi Sel
  3. Unit Fisiologi
  4. Unit Farmakologi dan Toksikologi
  5. Unit Biokimia.

Unit-unit ini diketuai oleh Ketua Unit yang menyelia pengajaran dan penyelidikan dari unit masing-masing. Pensyarah-pensyarah di setiap unit adalah berkelayakan PhD dan terlatih dalam bidang masing-masing. Di awal penubuhan jabatan, Ketua Jabatan yang pertama ialah Prof. Madya Dr. Kassim Hamid sebelum diambil alih oleh Prof. Madya Dr. Patimah Ismail, Profesor S. Balabaskaran, Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Prof. Dr. Abdul Manan Mat Jais, Prof. Madya Dr. Sabrina Sukardi dan Prof. Madya Dr.Latifah Saiful Yazan

Jabatan kini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Thilakavathy Karruppiah dan Jabatan ini beroperasi sepenuhnya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, kampus UPM bersebelahan Hospital Serdang.

Struktur Organisasi

  • Ketua Jabatan : Prof. Madya Dr. Thilakavathy Karruppiah
  • Koordinator Program : Dr. Suhaili Abu Bakar
  • Ketua Unit:                                       
    • Biologi Molekul dan Bioinformatik : Dr. Suhaili Abu Bakar
    • Biologi Sel : Dr. Mohd Nasir Mohd Desa
    • Fisiologi : Dr. Nur Fariesha Md Hashim
    • Farmakologi dan Toksikologi : Dr. Mohd Khairi Hussain
    • Biokimia : Dr. Huzwah Khaza’ai

 

Hubungi

  • No. Telefon : 03-8947 2303
  • No. Faks : 03-8947 2537

 

 

Kemaskini:: 08/08/2019 [sazlina]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
B1566340127