INTERNATIONAL MOBILITY-STUDENT INBOUND PROGRAM UNIVERSITAS BRAWIJAYA, MALANG | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » INTERNATIONAL MOBILITY-STUDENT INBOUND PROGRAM UNIVERSITAS BRAWIJAYA, MALANG

INTERNATIONAL MOBILITY-STUDENT INBOUND PROGRAM UNIVERSITAS BRAWIJAYA, MALANG

Oleh: Nur Fariza Syazwina

 

Malang, 10 Mei 2026,– Seramai 11  peserta terdiri daripada pelajar Kejururawatan Tahun 4 Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai International Mobility – Student Inbound Program di Universitas Brawijaya (UB), Malang, Indonesia. Program ini bertujuan memperkasa pengetahuan akademik, kemahiran klinikal, serta pendedahan budaya melalui pelbagai aktiviti pembelajaran, kesihatan komuniti, dan pertukaran budaya bersama pelajar antarabangsa.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah melalui pelbagai aktiviti bermula dengan majlis pembukaan rasmi di Amphitheatre, Fakulti Sains Kesihatan Universitas Brawijaya (FIKES UB), diikuti dengan sesi taklimat akademik, perbincangan interaktif mengenai Non-Communicable Diseases (NCDs), serta aktiviti pembelajaran berkumpulan yang menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara pelajar antarabangsa. Selain itu, peserta turut menjalani sesi praktikum di Mini Hospital School of Nursing UB yang memberi pendedahan kepada pemeriksaan kesihatan asas seperti pengukuran tekanan darah dan paras glukosa darah.

       Program ini turut merangkumi lawatan akademik dan klinikal seperti lawatan ke Universitas Brawijaya Hospital serta Puskesmas Sisir, yang memberikan pemahaman lebih mendalam mengenai sistem penjagaan kesihatan primer dan hospital di Indonesia. Peserta juga berpeluang menyertai aktiviti kebudayaan seperti kelas seni batik di LKP Soendari, yang memperkenalkan warisan budaya Indonesia melalui pengalaman hands-on menghasilkan batik tradisional. Selain itu, aktiviti outbound di Coban Talun Waterfall melalui permainan paintball turut dilaksanakan bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan dan komunikasi antara peserta.

Menurut penyelaras program, penglibatan dalam program mobiliti antarabangsa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu kejururawatan dalam konteks sebenar serta meningkatkan kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan. “Program ini bukan sahaja memberi pendedahan akademik dan klinikal, tetapi juga membentuk pelajar yang lebih terbuka, berkeyakinan dan sensitif terhadap perbezaan budaya dalam penjagaan kesihatan,” jelas beliau.

         Selain itu, pihak penganjur di Universitas Brawijaya turut menyatakan bahawa kerjasama antara institusi pendidikan tinggi antarabangsa seperti ini sangat penting dalam memperkukuhkan jaringan akademik global serta meningkatkan kualiti pendidikan kesihatan melalui perkongsian ilmu dan pengalaman.

 

Kesimpulannya, International Mobility – Student Inbound Program Universitas Brawijaya, Malang ini berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa pengetahuan akademik, kemahiran klinikal, serta pemahaman budaya dalam kalangan pelajar. Program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna, malah turut menyemai nilai profesionalisme, empati, dan semangat global dalam diri bakal jururawat masa hadapan.

 

Upacara pembukaan

Upacara pembukaan

Lawatan ke Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Brawijaya

Lawatan ke Fakultas Ilmu Kesehatan Universitas Brawijaya

Sesi praktikal

Sesi praktikal 

Lawatan ke Hospital Universitas Brawijaya

Lawatan ke Hospital Universitas Brawijaya 

Kelas Seni Batik

Kelas Seni Batik 

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan Komuniti

Lawatan Perkhidmatan Kesihatan Komuniti

Lawatan ke Gunung Bromo

Lawatan ke Gunung Bromo

Date of Input: 13/05/2026 | Updated: 13/05/2026 | norazlaily

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
W, (03:00:03pm-03:05:03pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]