MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 FPSK, UPM | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 FPSK, UPM

MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2024 FPSK, UPM

SERDANG, 23 April 2024 - Suasana penuh keceriaan dan kegirangan memenuhi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) sempena Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri 2024 UPM tahun ini. Para pelajar dan kakitangan dari pelbagai latar belakang bangsa dan budaya turut sama-sama berkumpul bagi memeriahkan sambutan dengan penuh semangat kekitaan.
 
Acara ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Dr. Nor Eliani Ezani, Timbalan Pengerusi, Kelab Kebajikan Dan Rekreasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (KKRFPSK) dan bacaan doa oleh En. Ahmad Mustafa Abrar bagi menandakan permulaan majlis dengan memperolehi keberkatan dari-Nya.
 
Antara tarikan utama juadah yang disediakan dari pelbagai pejabat dan jabatan seperti rendang, lemang, ketupat, dan kuih-muih raya dalam kalangan kakitangan di fakulti.
YBhg. Profesor Dr. Normala Ibrahim, Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, berkata: “bahawa sambutan Hari Raya tahun ini adalah satu contoh keharmonian dan perpaduan dalam kalangan warga fakulti dan universiti”. Beliau turut menekankan nilai utama bagi meraikan perbezaan budaya serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar dan kakitangan di fakulti.
 
Sambutan Hari Raya di FPSK memberikan semangat kebersamaan dan kerjasama yang jelas pada hari ini menjadi tunggak asas yang kukuh untuk meneruskan perjalanan ke arah menjulang budaya berprestasi tinggi.
 
Justeru, seusai majlis ini, warga fakulti kembali kepada rutin harian dengan lebih semangat dan membawa kenangan terindah dari majlis tersebut.

Date of Input: 24/04/2024 | Updated: 24/04/2024 | qayyumalemilhadie

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXFGGAk~