PENILAIAN LAMAN WEB PTJ UPM 2024 | FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
» NEWS » PENILAIAN LAMAN WEB PTJ UPM 2024

PENILAIAN LAMAN WEB PTJ UPM 2024

SERDANG, 13 Dis - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah berjaya berada pada kedudukan ke-2 daripada 15 Fakulti, dan kedudukan ke-12 daripada keseluruhan 75 Pusat Tanggungjawab (PTJ) UPM dalam Penilaian Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web UPM bagi tahun 2024.
 
FPSK mendapat skor keseluruhan sebanyak 76.15% melalui 14 kriteria mengikut kategori PTJ seperti Fakulti, Institut, Pusat, Pentadbiran, Kolej Kediaman, dan Perkhidmatan.  Keputusan ini berdasarkan penilaian Jawatankuasa Penarafan Bintang Pengurusan Laman Web UPM HKIP 2024 bertarikh 13 Disember 2024.
 
Pengerusi Jawatankuasa Laman Web FPSK, Prof. Dr. Sazlina Shariff Ghazali berkata, kejayaan ini merupakan hasil usaha dan komitmen yang tinggi daripada semua ahli Jawatankuasa Laman Web Fakulti dan mendapat sokongan padu daripada Pihak Pengurusan Fakulti serta warga FPSK secara keseluruhannya.
 
“Jawatankuasa akan terus membuat penambahbaikan secara berterusan untuk memastikan laman web FPSK menyediakan pelbagai maklumat berkaitan akademik, penyelidikan, khidmat masyarakat dan pembangunan pelajar dengan lebih menyeluruh, sekali gus menjadi platform sumber rujukan yang amat signifikan terutamanya dalam konteks perkongsian dan pembangunan ilmu pengetahuan kepada pelanggan fakulti dan masyarakat”, katanya.
 
Jawatankuasa Laman Web FPSK
19 Disember 2024
 

Date of Input: 19/12/2024 | Updated: 19/12/2024 | qayyumalemilhadie

MEDIA SHARING

FACULTY OF MEDICINE AND HEALTH SCIENCES
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
Z, (06:04:47am-06:09:47am, 04 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]