Oleh: Norazlaily binti Mohamad Azlan
1 Jun 2025, Port Dickson – Seramai 87 orang pelajar program Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian serta 9 orang kakitangan Jabatan Kejururawatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai program komuniti bertajuk “Sandy Snapback” yang berlangsung di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan oleh Kelab Kejururawatan dengan kerjasama Jabatan Kejururawatan, FPSK, UPM.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai serta kesihatan mental, di samping menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, tanggungjawab dan kepimpinan dalam kalangan pelajar program Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian, demi kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Teluk Kemang serta “Steps of Hope”, iaitu edaran risalah kesedaran mengenai kesihatan mental kepada para pengunjung. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai.
Pihak SWM Environment Sdn. Bhd. turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada para peserta kerana inisiatif ini sedikit sebanyak telah meringankan beban kerja mereka pada hari tersebut.

Staff Jabatan Kejururawatan dan Pelajar Program Bacelor Kejururawatan dengan Kepujian.


Edaran risalah kesedaran mengenai kesihatan mental kepada para pengunjung.




Gotong-royong membersihkan kawasan Pantai Teluk Kemang.
Date of Input: 18/06/2025 | Updated: 18/06/2025 | nadia_rahman

Dean's Office, Level 4, Administration Building,
Faculty of Medicine and Health Sciences,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Undergraduate 0397692608 (MD) / 0397692606 (ALSc)
Postgraduate 0397692604/2506