HARI TUBERKULOSIS SEDUNIA 2025 | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» ARTIKEL » HARI TUBERKULOSIS SEDUNIA 2025

HARI TUBERKULOSIS SEDUNIA 2025

HARI TUBERKULOSIS SEDUNIA 2025: BERSATU UNTUK TAMAT TUBERKULOSIS

 

Pada 24 Mac, kita menyambut Hari Tuberkulosis Sedunia, iaitu hari yang dikhaskan untuk  meningkatkan kesedaran tentang penyakit tuberkulosis (TB) dan kesannya yang dahsyat terhadap kesihatan awam seluruh dunia.

Tema tahun ini, " Bersatu untuk Menghabuskan tuberkulosis" menekankan kepentingan usaha Bersama di seluruh dunia untuk menghapuskan TB sebagai ancaman kesihatan awam.

Walaupun penyakit ini dapat dicegah dan dirawat, TB masih meragut berjuta-juta nyawa setiap tahun.

TB ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang ditemui oleh Robert Koch pada tahun 1882. Ia menyerang paru-paru, tetapi juga boleh menjejaskan organ lain.

TB merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk, bersin, atau bercakap. Gejala TB termasuk batuk berpanjangan, demam, berpeluh malam, dan keletihan.

Walaupun penyakit TB boleh dirawat dengan antibiotic tetapi kita masih menghidapi cabaran seperti kelewatan diagnosis, ketidakpatuhan rawatan, dan TB tahan pelbagai ubat (MDR-TB) menekankan keperluan untuk campur tangan yang lebih intensif.

Di Malaysia, Pada tahun 2023, jumlah kes TB yang dilaporkan meningkat kepada 26,781, berbanding 25,391 pada tahun 2022.

Dengan 10.6 juta kes baru dilaporkan seluruh dunia pada tahun 2022 dan 1.3 juta kematian, adalah penting bagi kita semua untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini dan mendapat rawatan dengan segala jika dijangkitinya.

 

Matlamat Hari Tuberkulosis Sedunia 2025 menekankan beberapa aspek yang penting:

Pertama, meningkatkan kesedaran untuk mengurangkan stigma dan menggalakkan diagnosis awal serta rawatan. Program pendidikan komuniti boleh memberi kuasa kepada individu untuk mengenali gejala dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Kedua, akses kesihatan sejagat memastikan pencegahan dan rawatan TB yang adil, terutama untuk golongan yang terpinggir. Menangani penentu sosial kesihatan dapat memperbaiki hasil rawatan dan mengurangkan jurang dalam penjagaan TB.

Ketiga, pelaburan dalam alat diagnostik baru, vaksin, dan rejimen rawatan yang lebih pendek adalah penting untuk mengakhiri TB. Kemajuan teknologi, seperti artificial intelligent dalam diagnosis TB, menawarkan penyelesaian yang menjanjikan untuk meningkatkan akses dan ketepatan penjagaan kesihatan.

Keempat, kerjasama antara kerajaan, organisasi bukan kerajaan, dan agensi antarabangsa seperti WHO amat penting untuk menggabungkan sumber dan kepakaran. Strategi End TB WHO menjadi panduan untuk mencapai matlamat penghapusan TB global.

 

Bersempena Hari Tuberkulosis sedunia, marilah kita bersama-sama mengambil langkah untuk memerangi TB dengan berkongsi pengetahuan tentang TB dan pencegahannya dalam komuniti kita, melibatkan diri dalam kempen kesedaran dan saringan tempatan untuk menyebarkan mesej,serta menyumbang kepada organisasi yang memimpin usaha pencegahan dan rawatan TB.

Dengan memerangi TB, kita turut menyumbang kepada peningkatan kesihatan, kestabilan ekonomi, dan kesaksamaan sosial di Malaysia.

Prof. Dr. Ching Siew Mooi
Pakar Perubatan Keluarga
Jabatan Perubatan Keluarga
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 20/03/2025 | Kemaskini: 20/03/2025 | nadia_rahman

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2602
00000
F, (06:19:17am-06:24:17am, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]