ANUGERAH WARTAWAN ALAM SEKITAR MUDA | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » ANUGERAH WARTAWAN ALAM SEKITAR MUDA

ANUGERAH WARTAWAN ALAM SEKITAR MUDA

SERDANG, 13 Mei – Liputan tentang Kesan Perubahan Iklim di Malaysia untuk meningkatkan kesedaran kepada golongan muda khusunya dan rakyat secara umumnya oleh pelajar Tahun Dua, Bachelor Sains (Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan),Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhamad Izzat bin Mohd Lotpi telah menjuarai Pertandingan Young Environment Journalist Award (Kategori B) oleh Malaysia Forest Fund.  Pertandingan ini  telah disertai lebih kurang 500 penyertaan.  Kemenangan Muhamad Izzat adalah atas usahanya untuk menulis mengenai kepentingan kesihatan persekitaran dan keselamatan pekerjaan. Artikelnya telah menonjolkan kepentingan menjaga kesihatan dan keselamatan pekerjaan dalam konteks pembangunan lestari dan pengurangan pencemaran alam sekitar.

Pertandingan Young Environment Journalist Award diselenggarakan setiap tahun oleh Malaysia Forest Fund untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam membantu mempromosikan kelestarian alam sekitar dan pengurangan kesan perubahan iklim melalui penulisan artikel yang kreatif dan informatif.

Kemenangan Muhamad Izzat menunjukkan komitmen UPM dalam menghasilkan graduan yang berkualiti dan mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi, serta kemampuan untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara. Pemenang membawa pulang wang tunai RM7,000.00 dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh YB Menteri Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim,Nik Nazmi Nik Ahmad, pada Majlis Karnival Alam Kita di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

 

Sumber: https://www.instagram.com/reel/Cqx5kqcucPj/

 

Oleh : Nurhaslinda binti Karim
Nur Syakira Karim

Tarikh Input: 18/05/2023 | Kemaskini: 18/05/2023 | aisamuddin_ahmad

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXEaHAS~