UPM–Global Precision Diagnostic Perkukuh Kerjasama Strategik
SERDANG, 2 September 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Global Precision Diagnostic Sdn. Bhd. (GPD) memperkukuh jalinan kerjasama strategik melalui Sesi Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) yang berlangsung di Hab Kreatif Putra, UPM.

Majlis tersebut dihadiri YBhg. Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc, Naib Canselor UPM; YBhg. Prof. Dr. Normala Ibrahim, Dekan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK); serta YBhg. Prof. Ts. Dr. Cheah Yoke Kqueen, Timbalan Dekan FPSK.
Turut hadir YBrs. Dr. Rebecca Tay Sook Hui, Ketua Pegawai Eksekutif Global Precision Diagnostic Sdn. Bhd., bersama pasukan GPD.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen UPM dan GPD dalam memperkukuh kolaborasi akademia-industri, khususnya dalam bidang perubatan, sains kesihatan, penyelidikan dan inovasi.
Semoga jalinan strategik ini terus membuka peluang kerjasama yang memberi impak kepada pembangunan bakat, penyelidikan berimpak tinggi serta kemajuan sektor kesihatan.

Tarikh Input: 03/09/2026 | Kemaskini: 03/09/2026 | athirahazhari

Pejabat Dekan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,
43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Pra Siswazah 0397692608 (MD) / 0397692606 (SK)
Pasca Siswazah 0397692604/2506