Hari Siswazah Baharu Dan Lama Berhimpun, Kongsi Pengalaman | FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
» BERITA » Hari siswazah baharu dan lama berhimpun, kongsi pengalaman

Hari siswazah baharu dan lama berhimpun, kongsi pengalaman

 
SERDANG - Kelab Siwazah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program tahunan mereka iaitu Hari Siswazah pada 29 November lalu di FPSK, UPM.

Menurut wakil fakulti, Profesor Dr. Shamsul Bahri Md Tamrin (Timbalan Dekan FPSK, UPM), tujuan program ini dianjurkan ialah sebagai satu tapak untuk semua pelajar siswazah baharu dan lama serta dalam dan luar negara yang seramai 1,000 orang di FPSK, UPM berhimpun dan bertemu sesama mereka serta dengan staf FPSK UPM.

Program ini dirasmikan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UPM, Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan beliau bangga dengan kejayaan Kelab Siswazah FPSK UPM yang berjaya menganjurkan majlis gilang gemilang melibatkan pihak akademia dan industri serta perkongsian kebudayaan pelajar antarabangsa melalui pakaian tradisional dan makanan negara masing masing.

Ucapan perasmian oleh TNC (HEPA) UPM. (FOTO UPM)
Ucapan perasmian oleh TNC (HEPA) UPM. (FOTO UPM)

Kemuncak program pada tahun ini ialah sesi forum bersama dengan dua tokoh pemimpin tanah air dalam bidang mereka iaitu Profesor Emeritius Datuk Dr. Mazlan Othman yang sinonim sebagai pemimpin bidang akademik dan sains serta merupakan ahli astrofizik pertama tanah air serta Ketua Pengarah Pertama Agensi Angkasa Negara.

Mazlan turut berkongsi pengalamannya dalam bidang astrofizik di Malaysia. (FOTO UPM)
Mazlan turut berkongsi pengalamannya dalam bidang astrofizik di Malaysia. (FOTO UPM)

Beliau juga merupakan seorang perintis dalam bidang sains dan teknologi di Malaysia.

"Atas dasar tersebut, pihak penganjur menjemput beliau untuk berkongsi pengalaman beliau dalam bidang sains dan teknologi," kata Pengerusi Kelab Siswazah, Pri Hanser.

Pengerusi Kelab, Pri Hansini Chaskar. (FOTO UPM)
Pengerusi Kelab, Pri Hansini Chaskar. (FOTO UPM)

Mazlan berkongsi pengalaman bagaimana beliau mengambil keputusan untuk menceburi satu bidang yang baharu yakni astrofizik di Malaysia.

Menurutnya, ‘Hanya apabila kita bersedia untuk memimpin, barulah bidang-bidang baharu dalam sains dan teknologi dapat diterokai’ sambil berharap lebih ramai lagi siswazah tempatan akan menyahut seruan beliau dan memulakan penerokaan mereka untuk kesejahteraan sejagat.

Sesi dialog bersama pelajar siswazah antarabangsa. (FOTO UPM)
Sesi dialog bersama pelajar siswazah antarabangsa. (FOTO UPM)

Tokoh pemimpin tanah air kedua yang dijemput adalah Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin seorang tokoh usahawan terkenal dan termaju dalam negara yang naik tangga demi tangga dalam satu jangkamasa lama dan stabil.

Ameer berkongsi kejayaan perniagaannya, Mydin, dari sebuah gerai kecil di Kota Bharu sehingga kini sudah lebih 75 buah pasar raya di seluruh tanah air.

Resepi kejayaan keluarganya ialah panduan daripada orang tuanya yang 'pantang' dengan pembaziran dan menekan kepentingan menepati waktu dalam semua tugas harian.

Pesanan Ameer kepada warga siswazah; pilih bidang yang mereka suka dan belajar serta bekerja sepenuh hati dalam bidang pilihan berkenaan.

Ameer berkongsi pengalaman dalam forum bersama moderator, Pri Hansini. (FOTO UPM)
Ameer berkongsi pengalaman dalam forum bersama moderator, Pri Hansini. (FOTO UPM)

"Lambat laun, hasil dan rezeki akan sampai. Jangan kerja untuk duit dan nama, ia tidak akan berkekalan. Ia mungkin akan datang dengan cepat dan kemungkinan besar akan hilang juga dengan cepatnya. Bila kita kerja dengan sepenuh hati dan buat benda yang baik, akan sampai masanya wang dan rezeki bergolek sendiri tanpa undangan," kongsinya lagi.

Sumber: Kampus UOLS

 

Tarikh Input: 14/12/2018 | Kemaskini: 14/12/2018 | h_khairi

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI PERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 2300
03 9769 2585
SXDdDAZ~